TERENGGANU, 17 SEPTEMBER 2024 (SELASA) - Program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Terengganu 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Watiqhu, Kuala Nerus.Pada 14 September 2024 ( Sabtu ) Terima kasih kepada semua peserta yang terdiri daripada Pasukan Gamelan Lela Sari SMK Lela Segara Marang, Kumpulan Nasyid Al-Adha, SMKA Dato' Haji Abbas, Kuala Terengganu, pasukan Dikit Barat Sri Arjuna Politeknik Hulu Terengganu, Koir IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Pasukan Dikir Panglima Setiu, Kumpulan Kompang Paluan Seni SMA Sultan Ismail Dungun, Pasukan Dikir Barat Sri Tabuh SMK Nasiruddin Shah Besut, Silat Seni dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Jati Malaysia, Pasukan Dikir Barat Al-Falah SMA Al-Falah Kemaman, persembahan sajak dari adik Danish Haziq dan adik Nur Aleesya Amani, Naquib Mohammad dan Najmi & The Shore yang telah menjayakan program ini.
Kebanyakan peserta program ini datangnya dari dari program Rentak Seni yang dilaksanakan di setiap daerah di Negeri Terengganu. Terima kasih kepada YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia atas idea dalam mengembangkan bakat-bakat seni golongan belia melalui Rakan Muda Rakan Muzik dan Rakan Ekspresi.
Semoga program ini akan dapat diteruskan agar potensi positif golongan remaja belia dapat diketengahkan dan ditonjolkan demi merealisasikan sebuah masyarakat yang harmoni, madani dan sejahtera.
Disediakan Oleh:
Urusetia Portal JBSNT
Disediakan Oleh:
Urusetia Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 175
