KUALA TERENGGANU - Kem latihan akhir atlet Para Sukma Terengganu telah berkampung di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu pada 19 - 21 September 2024 bagi persiapan terakhir dan stategi terakhir menjelang Para Sukma XXI Sarawak 2024 Sesi taklimat, motivasi dan amanat telah di sampaikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSNT.
Semoga pasukan Para Sukma Terengganu peroleh kemenangan dan mencapai target pingat.
TERENGGANU, 22 SEPTEMBER 2024 - Kod Sukan Selamat dibangunkan sebagai panduan dan rujukan kepada Komuniti Sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab Komuniti Sukan secara jelas dan menyeluruh.
Telah berlangsung Program Kod Sukan Selamat Siri 2 Peringkat Nageri Terengganu pada 18 September 2024 bertempat di Redang Hall Hotel Grand Continental Kuala Terengganu yang melibatkan penyertaan atlet, pengurus dan jurulatih persatuan sukan.
Taklimat Kod Sukan Selamat telah disampaikan oleh Encik Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Turut bersama Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSNT.
Team JBSNT mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) dan Pesta Rakan Muda Mudi yang telah berlangsung pada 14 September 2024 di Dewan Jubli Perak, Pusat Pentadbiran Al-Watiqhu Kuala Nerus.
Terima kasih kepada semua agensi kerajaan, NGO dan para sukarelawan yang telah membantu melaksanakan dan melancarkan program ini.
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka - adalah perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya. Selamat Menyambut Hari Malaysia 2024.
Maulidur Rasul adalah masa untuk kita memperbanyakkan selawat dan memperingati jasa junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Selamat menyambut Maulidur Rasul.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
TERENGGANU, 17 SEPTEMBER 2024 (SELASA) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur telah melaksanakan
Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Terengganu 2024 yang merupakan siri jelajah terakhir pada 14 September 2024 (Sabtu) bertempat di Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah, Kuala Nerus.
Pengisian utama bagi program ini adalah sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia YB Adam Adli Abd Halim bersama pertubuhan belia dan belia massa bagi mendapatkan aspirasi dan maklum balas berkaitan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, taklimat Jom Masuk Persatuan, pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta pelbagai aktiviti menarik.
Program turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, dan NGO Negeri Terengganu, YB Hishamuddin Abdul Karim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff dan Pendaftar Pertubuhan Belia Encik Hasnata Hasan.
Hadir sama, , Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Dr. Vellapandian Ponnusamy dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.