
- JBS Terengganu
- Hits: 67
RAKAN MUDA TAMBAH KEMAHIRAN : BARISTA MUDA - DARI BELIA BIASA KE PAKAR BARISTA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 67
Majlis perasmian penutup Program Rakan Mahir: Skills for Life: Barista Muda Siri 1 Peringkat Negeri Terengganu 2025 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bertempat di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Program ini telah berjaya menghimpunkan 200 belia dari seluruh daerah di Negeri Terengganu dalam usaha memperkasa kemahiran barista sebagai satu bidang kemahiran hidup yang relevan dan berdaya saing.
Program ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan kemahiran belia yang dianjurkan di bawah Program Rakan Muda: Rakan Mahir, bertujuan untuk memperkasakan golongan belia dengan kemahiran dalam bidang barista, selaras dengan keperluan industri semasa dan peningkatan potensi keusahawanan belia.
“Skills for Life” bukan sekadar slogan, tetapi langkah nyata dalam melahirkan belia mahir, berwawasan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan!
Kemahiran adalah aset masa depan.
Belia mahir, negara makmur.
“Yakin Boleh, JBSN Komited”
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
#rakanmahir
#JBSNTerengganu
#BaristaMuda
#BeliaTerengganu