
- JBS Terengganu
- Hits: 78
KURSUS MARSHALL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 78
Kuala Terengganu, 3 Jun 2025 - Majlis Perasmian Penutup Kursus Marshall Peringkat Negeri Terengganu 2025 pada 31 Mei 2025 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang diiringi Encik Muhammad Muzzammil bin Mokhetar, Pengerusi Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah dan ASP (R) Najmi bin Ismail, Ketua Pelatih Airborne Motor bertempat di Bilik Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah Terengganu telah menghimpunkan seramai 37 orang peserta dari seluruh daerah di Negeri Terengganu.
Kursus ini merupakan salah satu inisiatif dari pembangunan sukan rekreasi JBSN untuk memberi pendedahan kepada peserta yang mempunyai potensi sebagai seorang marshall untuk dicungkil kebolehan dan bakat dalam bidang ini.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang kursus ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadanu
#rakanmuda
#rakanlitar
#JBSNTerengganu
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT