KUALA NERUS, 25 OGOS- Seramai 35 Orang warga emas telah berjaya mengikuti Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Kuala Nerus Siri 3 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus yang dilaksanakan bertempat di Wellness Hub, Klinik Kesihatan Seberang Takir, Pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) turut hadir En Mohmad Bin Embong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
KUALA NERUS,24 OGOS 2024- Telah berlangsung Program Fit Malaysia@Komuniti Daerah Kuala Nerus Siri 6 bertempat di Dewan Sivik Buluh Gading. Seramai 65 Orang peserta Wanita
Terlibat dalam acara senamrobik.
Terima kasih dan tahniah kepada Kelab Sukan Rekreasi Bukit Maras, Team Senamrobik Batu Buruk atas penganjuran program kali ini jumpa pada Siri 7.
MARANG, 25 OGOS 2024 (AHAD) - Majlis Penutup Program Reben Kuning Peringkat Negeri Terengganu 2024 telah disempurnakan oleh YDH PKK Tuan Hamid bin Taha, Pengarah Penjara Negeri Terengganu bertempat di Sekolah Integriti, Penjara Marang, Terengganu Pada 22 Ogos 2024 (Khamis) lepas.
Turut hadir Puan Hartini binti A. Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Halawiah Safinas binti Ishak, Ketua Sektor Pendidikan, Jabatan Penjara Malaysia, YDH PKK Tuan Mohamad Jusoh bin Ismail, Pengarah Penjara Marang, Puan Nor Amalia binti Kasim, Ketua Unit Pendidikan Sekolah Integriti Marang, Puan Nor Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Fahmi Abdul Basit bin Mahfuz, Wakil Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik, YM Engku Mohd Hairulnizam bin Tuan Ahmad, Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Usahawan Terengganu, Puan Siti Nor Ahya-Hydayah binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Encik Takhairi bin Hamdan, Wakil Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, Encik Wan Shah Rizal bin Wan Kamaruddin, Pengurus Sap Shah Barbershop, Encik Sik Ko Man, Pengurus Besar KT Hair & Supplies, pegawai-pegawai Penjara Marang, urusetia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, urusetia Sekolah Integriti Penjara Marang, tenaga pengajar Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik, penceramah serta para peserta Program Reben Kuning Negeri Terengganu.
Program yang berlangsung selama 4 hari bermula pada 19 Ogos dan berakhir pada 22 Ogos 2024 ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada 24 orang peserta daripada Sekolah Integriti Penjara Marang melalui latihan yang disediakan terutamanya dalam bidang kemahiran pengayaan rambut. Secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai tambah dan membantu para peserta menjalani kehidupan yang lebih baik.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta kerana dapat menamatkan latihan dengan jayanya. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada agensi kerajaan, syarikat swasta, NGO Belia, para peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Reben Kuning Peringkat Negeri Terengganu 2024.
Di Jemput Bersama -Sama sertai kami di program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) peringkat Negeri Terengganu 2024 townhall bersama Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 26 Ogos 2024 bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.\
MARANG, 21 OGOS 2024 (RABU) - Bertempat di Khaleeda Lodging & Recreation Centre Marang, seramai 59 peserta telah terlibat dalam pelaksanaan Kem Belia 2024 Peringkat Negeri Terengganu yang bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2024.
Kem Belia 2024 selama 3 (tiga) hari disertai oleh 27 peserta lelaki dan 32 peserta perempuan melibatkan 3 daerah (Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang) dan 15 buah sekolah.
Majlis Perasmian penutup Kem Belia 2024 Peringkat Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JBSN Dr Zainah binti Shariff. Turut hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Encik Abdul Razak bin Muda, Pengarah Pembangunan Sosial JBSN Encik Mohd Uzaini bin Mohamad Sani, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid) Encik Kairil Anuar bin Muhammad dan Timbalan Pengarah (Belia) Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi.
Objektif utama pelaksanaan Kem Belia 2024 adalah bagi melahirkan belia yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga, agama,bangsa dan negara. Antara pengisian sepanjang Kem belangsung ialah Sesi Ice breaking, Senamrobik, Forensik Diri, Latihan Dalam Kumpulan, Personaliti Karamah, Slot PDRM (Belia dan Terrorisme), Slot Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Slot AADK (Belia Benci Dadah), Kepimpinan Generasi Madani, Slot Persatuan Bulan Sabit Merah, Slot Tazkirah Bersama YADIM dan Bicara Santai Bersama Unisza.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Kem Belia 2024 ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan pengisian sepanjang Kem Belia berlangsung. Semoga apa yang dipelajari akan menjadi titik tolak perubahan dalam diri belia untuk jadi lebih baik dan bermakna kepada belia akan datang.
Haaa, kami nak kongsikan yang program Genta Belia 2024 kini kembali dengan pelbagai program dan pengisian bertemakan 5 segmen
Genta Belia memberikan ilmu dan pendedahan berkenaan peluang dan penciptaan pekerjaan bagi menjana serta menambah pendapatan belia
Untuk destinasi akan datang, kita membawakan segmen keusahawanan secara percuma dan semua dijemput hadir seperti berikut:
: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
: Mulai 8.00 Pagi
: UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
Antara aktiviti yang menarik menanti anda adalah seperti perkongsian kisah kejayaan belia, forum bersama agensi, pameran agensi dan keusahawanan serta pelbagai lagi
KUALA TERENGGANU, 20 OGOS 2024 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 13 Ogos 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Kembara JOM akan diadakan pada 14 September 2024 dan program ini merupakan sebuah platform bagi mendapatkan aspirasi belia khususnya belia-belia di Negeri Terengganu.
Mesyuarat telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun serta NGO secara fizikal dan atas talian bagi membantu sama dalam persiapan serta pelaksanaan Kembara JOM Peringkat Negeri Terengganu.
Turut hadir sama En. Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan JBSN.
KUALA NERUS, 18 OGOS 2024- Seramai 65 peserta yang menyertai siri 5 Fit Malaysia@Komuniti Daerah Kuala Nerus telah menyahut cabaran dan berjaya dalam pendakian ke Puncak Bukit Jong dengan ketinggian 349mpl merupakan puncak bukit tertinggi di daerah Kuala Nerus. syabas dan tahniah kepada semua yang menyertai dalam pendakian kali ini terima kasih kepada Kelab Sukan Bukit Maras dan Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu atas komitment dalam menjayakan program pada 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Anjuran: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus
Dengan kerjasama: Kelab Sukan Rekreasi Bukit Maras, Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu
Rakan Strategik: Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kuala Nerus
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Amanah Lestari Alam (ALAM) akan menganjurkan *Program ALAM Be-Leaf Mangrove Tree Planting pada 17 Ogos 2024 (Sabtu), bertempat di Setiu Wetlands, Permaisuri, Terengganu* dengan penyertaan seramai 35 orang sukarelawan bagi menanam anak pokok bakau. Program ini bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kelestarian alam menerusi gaya hidup Rakan Bumi.
Para sukarelawan akan disediakan makan minum (sarapan pagi dan makan tengah hari) beserta Sijil Penyertaan semasa program ini berlangsung. Manakala urusan pengangkutan adalah tanggungjawab para sukarelawan sendiri dan tidak disediakan oleh pihak penganjur.