MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PETRONAS LE TOUR DE LANGKAWI (PLTDL) 2025 – PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 07 MEI 2025 (RABU)  - Satu mesyuarat penyelarasan bagi penganjuran PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 (PLTdL) peringkat ke-4 dari Kuala Terengganu ke Kemaman yang dijadualkan berlangsung pada 1 Oktober 2025. Mesyuarat  telah diadakan pada 05 Mei 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, dan melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan serta pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penganjuran acara berprestij ini.

Turut hadir ialah Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, serta Encik Emir Abdul Jalal, Ketua Pegawai Operasi PETRONAS Le Tour de Langkawi (PLTdL) 2025, yang telah menyampaikan taklimat dan penerangan terperinci berkaitan keperluan penganjuran perlumbaan bertaraf antarabangsa ini.
Negeri Terengganu sekali lagi diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi salah satu peringkat penting dalam PLTdL 2025. Komitmen dan kerjasama erat semua agensi amat dihargai demi memastikan penganjuran ini berjalan lancar serta memberi impak positif kepada pembangunan sukan, pelancongan dan ekonomi setempat.



DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search