- JBS Terengganu
- Hits: 202
KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU WALKING FOOTBALL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2024
TERENGGANU, 9 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) - Telah berlangsung Klinik Pembangunan Sukan Baharu Walking Football Peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 7 September 2024 (Sabtu) dengan penyertaan seramai 40 orang peserta terdiri daripada pelajar di sekitar Negeri Terengganu. Klinik ini telah bermula dengan taklimat dan pengenalan mengenai sukan baharu ini dan diteruskan dengan sesi praktikal yang dibimbing oleh Dr Ahmad Hazwan bin shusmie dari Universiti Malaya selaku ketua teknikal..
Objektif pelaksanaan Klinik ini adalah untuk memperkasakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutama golongan vetran dan memperkenalkan walking football kepada masyarakat Malaysia, serta memberikan pendedahan dan teknik kemahiran asas sukan walking football yang betul kepada peserta.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu diiringi oleh Dr Ahmad Hazwan selaku ketua pengajar dan En Norhisyam Bin Hassan wakil dari Unisza
Semoga sukan-sukan baharu seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun bagi menggalakkan budaya bersukan seterusnya dapat membina kehidupan yang lebih sihat dan komuniti yang bersatu padu serta cergas.
Disediakan Oleh:
Urusetia Portal JBSNT
Disediakan Oleh:
Urusetia Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 202
