TEAM JBSNT SERTAI PERSIDANGAN KECERGASAN EKSEKUTIF BELIA DAN SUKAN 2025

KUALA LUMPUR, 07 MEI 2025 (RABU) - Seramai 5 orang pegawai & kakitangan mewakili Team JBSN Terengganu sedang menyertai Persidangan Kecergasan Eksekutif Belia dan Sukan yang berlangsung pada 5 hingga 6 Mei 2025 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

Persidangan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) ini merupakan platform strategik dalam usaha memperkasa eksekutif belia dan sukan dengan pengetahuan terkini berkaitan dasar, pelaksanaan serta pendekatan kecergasan fizikal dalam kalangan masyarakat.

Penyertaan ini juga menjadi medan perkongsian amalan terbaik disemua peringkat dalam menjayakan agenda Sukan Untuk Semua selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.


DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search