KUALA TERENGGANU, 4 OGOS 2024 - Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Terengganu telah melabuh tirai hari ni setelah berkampung di Kompleks Sukan, Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit 6 Wakaf Tapai selama 2 hari pada 2 hingga 3 Ogos 2024 (Jumaat dan Sabtu)
Majlis telah dirasmikan oleh Supt. Mohd Mahiri bin Hussin, Pegawai Pemerintah, Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia diiringi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad dan Timbaan Pengarah JBSNT, En. Mohd Qayyum bin Rahman.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Supt. Mohd Mahiri bin Hussin, Pegawai Pemerintah, Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia diiringi oleh Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Mohd Qoyyum bin Rahman.
Johan bagi Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2024 di rangkul oleh Dungun B.
Manakala Naib Johan Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2024 di rangkul oleh Kuala Terengganu B dan ketiga bersama dirangkul oleh Kemaman A & Hulu Terengganu A.
Bagi acara Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Terenggnu 2024 pula Johan dirangkul oleh Dungun A dan Naib Johan dirangkul oleh Setiu A. Ketiga bersama dirangkul oleh Marang A dan Kuala Terengganu A.
Manakala Kejohanan Bola Tampar Wanita Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2024, Johan di rangkul oleh Hulu Terengganu A.
Naib Johan Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2024 di rangkul oleh Kuala Terengganu B dan ketiga bersama dirangkul oleh Kuala Terengganu A & Kuala Nerus A.
Jutaan terima kasih atas kerjasama bagi penganjuran ini khususnya kepada pasukan yang bertanding, pasukan Urusetia dan teknikal dari semua pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung.
KUALA TERENGGANU, 4 JULAI 2016 (AHAD) - Perlawanan persahabatan badminton antara JBSNT dan MBNT bagaikan apa yang pernah diperkatakan oleh pengulas sukan lagenda Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang,
" Bola tangkis bermain main di atas jaring.." Perlawanan ini berlangsung pada 31 Julai 2024 (RABU)
Turut hadir beraksi Pengarah JBSNT Tuan Haji Asmadi Mohamad dan Saudara Anas Hazizul Muhammad Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.
TERENGGANU, 1 OGOS 2024 (KHAMIS) - Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah JBSNT turut hadir dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontijen SUKMA Terengganu SUKMA XXI Sarawak 2024 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu Pada 31 Julai 2024 (Rabu) JBSNT merupakan jabatan angkat bagi pasukan E-Sport SUKMA Terengganu.
PUTRAJAYA, 31 JULAI 2024 (RABU) -Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Dana Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) bertempat di Menara KBS, Putrajaya Pada 30 Julai 2024 (Selasa) Tahniah diucapkan kepada SRM Unisza dan SRM IKBN Wakaf Tapai dari Negeri Terengganu yang telah menerima dana tersebut bagi Fasa Satu.
Bantuan kewangan ini diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda Majlis Turut di hadiri oleh Pengarah IKBN Wakaf Tapai Encik Zaini bin Abd Aziz, Pegawai dari Unisza Encik Zulfa bin Awang, Penolong Pendaftar kanan Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar PTNC HEPA dan Encik Muhamad Fauzan bin Anuar Penolong Pegawai Tadbir Kanan Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar PTNC HEPA dan hadir sama pegawai dari Jbsnt Encik Nor Hisham bin Mohamed Pegawai Rakan Muda.
KUALA TERENGGANU, 29 JULAI 2024 (ISNIN)- Bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, satu perjumpaan telah diadakan pada 25 Julai 2024 bagi membincangkan berkaitan program-program yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Pembentangan berkaitan usul bagi Majlis Perudingan Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Sidang II, Penggal 34 Tahun 2023-2024 menjadi agenda utama perbincangan. Perjumpaan penuh bermanfaat ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Abd Azhar bin Hamid selaku Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan YBrs. Encik Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.
Semoga perbincangan strategik yang dikongsikan memberi manfaat dalam pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
JBSNT menawarkan tender perkhidmatan bagi kerja-kerja berkaitan. Syarikat atau pembekal yang berminat dan berkelayakan boleh mendapatkan borang di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 21 JULAI 2024 (AHAD) - Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup MalaysiaActive@Motosports: Kursus Asas Radio Amatur Peringkat Negeri Terengganu 2024 bertempat di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu Pada 21 Julai 2024 (Sabtu) lalu.
Seramai 46 orang peserta telah menyertai Kursus ini yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah Terengganu yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 19 Julai 2024 (Jumaat) sehingga 20 Julai 2024 (Sabtu).
Turut hadir sama En. Muhammad Muzzammil bin Mokhetar, Presiden Kelab Sukan Pancuan Empat Roda Ummah Terengganu. En. Mohd Khairol Nizam bin Mohammad Ibrahim Khan, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia, Encik Sukri bin Yaakob, Presiden Pemancar Negeri Terengganu dan Encik Azwan Nazzul Shahzairin bin Mohamad ,Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga program ini akan menjadi usaha berterusan untuk memastikan sukan rekreasi terus diperkasakan.
TERENGGANU- PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN Kata bijak pandai "mengerakkan dan mempelbagaikan program kesukarelawan secara terancang merupakan aspek penting dalam menggalakkan komitmen dan motivasi sukarelawan"
Melalui RAKAN MUDA : RAKAN PRIHATIN, JBSNT mempersilakan seluruh sukarelawan atau mereka yang berminat untuk jadi-belajar-mahu bersukarelawan ( umur 15 hingga 30 tahun) untuk menyertai program Mobilisasi Satria ( Sukarelawan Anak Malaysia) menyantuni Warga Emas dan Kanak-Kanak yang diadakan diseluruh Negeri Terengganu sepanjang Julai ini.
Jadilah sukarelawan yang berjasa, bergaya, berwibawa dan sertai kami dengan gaya moden dengan mengimbas Kod QR di bawah.
Ingat JULAI ini kita Santuni Warga Emas dan Kanak-Kanak.
OGOS, SEPTEMBER, OKTOBER, NOVEMBER & DISEMBER kita maklum kelak!