- JBS Terengganu
- Hits: 185
KUNJUNG HORMAT PGT KE JBSNT
TERENGGANU, 21 JULAI 2024 (AHAD) - Persatuan Golf Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Pada 18 Julai 2024 (Khamis) lepas.
Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah bertujuan membincangkan dan menyelaras Kejohanan Beautiful Terengganu Golf Challenge 2024 seterusnya mengeratkan lagi kerjasama yang terjalin di antara JBNST dan PGT. Terengganu.
Kunjung hormat tersebut diketuai oleh En. Aidi bin Ahmad, Timbalan Presiden Persatuan Golf Terengganu. En. Badruhisham bin Darus, Setiausaha Kehormat PGT.
Turut hadir sama En. Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNT. En Yusof bin Mat Noor, Pegawai Belia dan Sukan Hulu Terengganu. En. Khairol Azmie bin Embong dan Puan Nurul Farhanah binti Mohd Nawi, Setiausaha Kerja PGT.
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 185
