- JBS Terengganu
- Hits: 76
PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 76
KUALA TERENGGANU, 17 April 2025 – Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, melibatkan penyertaan seramai 203 orang peserta dari seluruh warga terengganu.
Program ini merupakan satu inisiatif yang amat signifikan dalam usaha memperkasa kesedaran kesihatan dan kecergasan dalam kalangan komuniti. Ia bukan sahaja menekankan aspek penurunan berat badan, malah lebih penting, ia mendorong kepada gaya hidup sihat, disiplin diri, serta semangat juang yang tinggi – nilai-nilai yang amat penting dalam membentuk generasi yang cemerlang dari segi fizikal, mental dan emosi.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Puan Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan agensi-agensi swasta seperti Sport Nutrition Academy(SNAC), Aspen Nutrition, Yakult dan Klinik Ikram Tanjong turut hadir memberi perkhidmatan kesihatan kepada peserta.
Peserta akan menjalani kelas kecergasan khas yang mana setiap data dan profil akan dinilai bermula April hingga Ogos 2025 di bawah penyelarasan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT