
- JBS Terengganu
- Hits: 109
ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 109
Akhirnya terjawab siapakah penerima Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2025
Kuala Terengganu, 24 Mei 2025 - Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Kahar bin Haji Abdul Latif di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersempena Sambutan Hari Belia Negara.
APBN merupakan platform bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan pencapaian belia Malaysia yang memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara.
APBN pada tahun ini mempertandingkan tiga (3) kategori iaitu Individu Lelaki, Individu Wanita dan Pertubuhan Belia
Majlis ini juga turut dihadiri YBrs. Encik Suhardi bin Alias, Pesuruhjaya Sukan Malaysia, YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, YBrs. Encik Hasnul Haniff bin Harun, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia dan YBrs. Encik Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima APBN 2025.
#HBN2025
#teamKBS
#RakanMuda
#MalaysiaMADANI
Senarai Penerima Anugerah
Kategori Pertubuhan Belia
: Kelab Belia Bersatu Kampung Padang Mengkuang (Daerah Marang)
: Kelab Belia Padang Jejawi (Daerah Setiu)
: Kelab Belia Transformasi Tebing Tembah (Daerah Dungun)
Kategori Individu Lelaki
: Saudara Ahmad Kamarulisham bin Md Kassim (Daerah Dungun)
: Saudara Nik Muhamad Shafiq bin Nik Ismail (Daerah Kuala Terengganu)
: Saudara Muhammad Irfan Ariff bin Mohd Asri (Daerah Kuala Nerus)
Kategori Individu Wanita
: Saudari Dr. Hamidah binti Harun (Daerah Kuala Terengganu)
: Saudari Nor Ainsyafikah binti Madiran (Daerah Besut)
: Saudari Syafiqah Nabihah bin Shamsul Bahri (Daerah Dungun)
TAHNIAH DAN SEMOGA TERUS BERBAKTI KEPADA KOMUNITI!
Hannah Yeoh Adam Adli KBSMalaysia Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
#HariBeliaNegara2025 #BeliaTerengganuBangkit #HBNTerengganu2025 #GempakHBNTGG