
- JBS Terengganu
- Hits: 51
ZUMBATIK 2025 CETUS FENOMENA DI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 51
Gabungan mantap Zumba + Batik = Zumbatik, program penuh warna dan semangat ini berjaya menghimpunkan seramai 320 peserta dari segenap pelusuk negeri Terengganu dalam satu misi memperkasakan gaya hidup sihat sambil mengangkat keindahan warisan budaya!
Dengan rentak muzik yang membara dan gerakan penuh bertenaga dalam balutan batik, program ini bukan sahaja mencetuskan aura positif dalam kalangan peserta, malah menyerlahkan kreativiti dalam mendekatkan golongan muda dengan budaya tempatan.
Terima kasih Kelab Sukan Kecergasan Warisan atas penganjuran program luar biasa ini! Zumbatik – Di Mana Kecergasan Bertemu Warisan!