- JBS Terengganu
- Hits: 70
SIARAN LANGSUNG TAYANGAN SKRIN BESAR
- JBS Terengganu
- Hits: 70
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama PMINT Urus telah mengadakan Tayangan Skrin Besar bagi Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 dia antara Malaysia menentang Vietnam pada 10 Jun 2025. Tayangan ini diadakan di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu dengan kehadiran sekitar 800 orang penonton dan penyokong setia yang turun beramai-ramai pasti menyemarakkan lagi suasana dan ini jelas menunjukkan betapa besar harapan terhadap barisan pemain yang membawa cabaran negara.
Cuaca yang agak baik pada malam ini membolehkan semua penonton setia menonton perlawanan Harimau Malaya mereka berentap sehingga tamat perlawanan.
Kedua-dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain bagi mencari gol namun kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, penyokong Harimau Malaya dikejutkan pada minit ke 49 perlawanan apabila pemain Jaoa Figuetredo berjaya menjaringkan gol mata pertama, sekaligus mengamatkan suasana dengan sorakan gol.
Berselang 10 minit selepas itu, sorakan gol kembali bergema apabila Rodrigo Holgado menyumbat gol kedua pada minit ke 59.
Tidak berhenti di situ, apabila pemain berjersi no. 22 Corbin Ong pantas mengambil peluang dengan memberi gol ketiga pada minit ke 67.
Pasukan Vietnam bertambah duka sebelum tamat perlawanan dengan gol keempat Harimau Malaya pada minit ke 88 hasil tandukan gol dari Dion Cools.
Aksi menentang Vietnam adalah lebih daripada sekadar perlawanan. Ia adalah medan penentuan maruah dan keazaman Harimau Malaya untuk menamatkan ‘badi’ 11 tahun tanpa kemenangan ke atas pasukan ranking 109 dunia itu. Dengan semangat juang yang tinggi, strategi yang mantap dan sokongan padu penyokong, harapan untuk menyaksikan sejarah baru telah menjadi kenyataan.
Perjuangan ini adalah milik kita bersama dan setiap langkah ke hadapan adalah satu langkah menuju kejayaan yang lebih gemilang dalam arena bola sepak Asia dan ASEAN.
Turut hadir sama menyaksikan perlawanan pada malam ini adalah
VIP
1. YBhg Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT
2. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
3. En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) JBSNT
4. En. Zani bin Elias, Pengurus Besar PMINT Urus
5. En. Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden MBNT
6. En. Muhammad Muzammil bin Mokhetar, Pengerusi MAYC Negeri Terengganu
Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Jumpa lagi di lain siri.
#JBSNT
#PMINTUrus
#HannahYeoh
#AdamAdli
#KBSMalaysia
#JBSN
#HarimauMalaya
Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027
MALAYSIA VS VIETNAM
Selasa | 10 Jun 2025 | 9.00 Malam
Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu
Malaysia 4-0 Vietnam
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama PMINT Urus telah mengadakan Tayangan Skrin Besar bagi Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 dia antara Malaysia menentang Vietnam. Tayangan ini diadakan di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu dengan kehadiran sekitar 800 orang penonton dan penyokong setia yang turun beramai-ramai pasti menyemarakkan lagi suasana dan ini jelas menunjukkan betapa besar harapan terhadap barisan pemain yang membawa cabaran negara.