PROGRAM ALAM Be-Leaf: Mangrove Tree Planting

PROGRAM ALAM Be-Leaf: Mangrove Tree Planting

 Setiu, 3 Jun 2025 - Program ALAM Be-Leaf: Mangrove Tree Planting yang telah berlangsung pada Sabtu, 31 Mei 2025 di Wetland School Of Setiu, Sesohor Setiu Tourism Village, Kampung Mangkuk, Terengganu, telah berjaya menghimpunkan seramai 112 orang Skuad Sukarelawan dalam usaha menanam 400 anak pokok bakau bagi memelihara ekosistem hutan paya bakau negara.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof Emeritus Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Lestari Alam (ALAM), turut diiringi oleh Prof Dato’ Dr Nor Aieni Hj Mokhtar, Penaung Wetland School of Setiu (ECOSWED).
Program ini telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada para peserta, terutamanya dari kalangan Skuad Sukarelawan yang amat menghargai peluang menyertai program ini sebagai satu pengalaman yang bermanfaat dan penuh ilmu.  
Terima kasih & tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat!
#ALAMBeLeaf #MangroveTreePlanting #RakanBumi #RakanPrihatin #SukarelawanHijau #UCB #WetlandSchoolOfSetiu #ALAM #JomTanamBakau

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT 

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search