KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU FLAG FOOTBALL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU FLAG FOOTBALL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

TERENGGANU,  25 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Malaysia American Football Association (MAFA) telah menganjurkan Program Pembangunan Sukan Baharu Klinik Flag Football Negeri Terengganu 2025 bertempat di Padang Bola Sepak Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Kampus Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu pada 24 Mei 2025 (Sabtu).

Klinik Pembangunan Sukan Baharu ini telah berjaya menarik penyertaan dari kalangan para belia dan pelbagai agensi sekitar Negeri Terengganu dengan penyertaan seramai 44 orang peserta lelaki. Para peserta didedahkan berkaitan teori dan praktikal Sukan Flag Football oleh pihak Teknikal dari MAFA secara efektif dan berkesan. Adalah diharapkan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menarik minat peserta untuk menjadi pemain yang lebih professional.
Klinik Flag Football ini juga turut menyampaikan hadiah bagi kategori Best of Offense Muhammad Maftakhir Islamie bin Muhammad Mayuddin dan Best of Defense Muhammad Afiq Danial bin Md Shahril. Majlis penutup klinik ini telah disempurnakan oleh Encik Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Encik Riduan bin Mohamed Arof Pengarah Pusat Sukan Unisza dan Encik Zulharisyam bin Awang urusetia Pusat Sukan Unisza.
#JBSNT
#JBSNKomited
#TeamKBS
#FlagFootball
#Rakanaktif

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search