MAJLIS PENYERAHAN CEK CURA GERAN PADANAN SUKAN KBS KEPADA PERSATUAN SUKAN ELEKTRONIK TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 20 JULAI 2025 - Majlis Penyerahan Cek Cura Geran Padanan Sukan KBS telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara kepada Persatuan Sukan Elektronik Terengganu berjumlah RM150,000.00 bagi penganjuran Kejohanan Terengganu International E-Sports Showdown 2025. Majlis berlangsung di Grand Camelia Ballroom, Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu; Sdr. Encik Muhammad Naim Al Amin bin Saharudin, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Malaysia; serta Sdr. Encik Ahmad Shahrul Nizam bin Ab Ghani, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Terengganu.
Kejohanan yang julung kali diadakan ini menghimpunkan lebih 500 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk dari Indonesia, Thailand, Laos, Brunei, Myanmar, India, Jepun dan Nigeria.
Sebanyak tiga acara dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu PUBG Mobile, Mobile Legends dan E-Football Mobile.
#geranpadanansukan
#sukanuntuksemua
#teamkbs
#jbsnBersama
#jbsn
#jbsnt

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search