- JBS Terengganu
- Hits: 76
PROGRAM BENGKEL TOT BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA!
- JBS Terengganu
- Hits: 76
KUALA TERENGGANU, 20 JULAI 2025 - PROGRAM BENGKEL TOT BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA!
BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAGI PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN DEMOKRASI: KLINIK DEMOKRASI TAHUN 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 7 Julai 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Bengkel ini telah diserikan dengan pengisian bermanfaat daripada Encik Suhail Wan Azahar, penceramah jemputan dari Pertubuhan Literasi EDUKO, yang berkongsi ilmu dan pengalaman berharga dalam memantapkan peranan bakal trainer program.
Turut hadir dalam bengkel ini ialah barisan pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah, selaku bakal pelaksana program Rakan Demokrasi, wakil dari Ubsnt Sejahtera dan barisan kepimpinan belia dari Mayc Negeri Terengganu dan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu.
Bengkel ini juga mendapat suntikan ilmu dan inspirasi daripada barisan pensyarah yang berpengalaman dari UMT - Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi
Prof Madya Dr Rosyidah Muhammad
(Ketua Program, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu)
Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim
Dr Siti Hajar binti Kamaruddin
Dr Wan Rohila Ganti binti Wan Abdul Ghapar
(Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Unisza)
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda atas kejayaan menganjurkan bengkel TOT ini dengan penuh komitmen dan kesungguhan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan program di peringkat daerah kelak.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBSNegara Rakan Muda
#RakanDemokrasi #SATRIA2025 #TOTBerjaya #BeliaTerengganu #RakanMuda
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT