PROGRAM INSPIRE iTALENT SIRI 1 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

KUALA TERENGGANU, 23 JULAI 2025 - PROGRAM INSPIRE iTALENT SIRI 1 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
  21–22 Julai 2025 | KOMBES Terengganu, Gelanggang Boling Padang, Majlis Sukan Negeri & SMK Sultan Sulaiman
Program Inspire iTalent Siri 1 telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah, menghimpunkan bakat-bakat baharu dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dari daerah Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Program bertujuan untuk mencungkil potensi atlet OKU dari peringkat akar umbi, seterusnya menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam bidang sukan serta memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan sukan negara.  
  Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, turut hadir;
  Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), JBS Negeri Terengganu
  Encik Fakruddin bin Zakaria, Presiden Persatuan Sukan & Rekreasi OKU Negeri Terengganu
  Tahniah & syabas diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, pengiring, ibu bapa dan urus setia yang telah menjayakan program ini!
  Teruskan menyokong pembangunan sukan OKU di Negeri Terengganu! Siri 2 akan berlangsung pada bulan ogos bagi daerah Hulu Terengganu, Setiu & Besut.
#InspireiTalent
#JBSNTerengganu
#SukanUntukSemua

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search