KURSUS PENJENAMAAN DIGITAL DALAM INDUSTRI MAKANAN VIRAL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 -  Kursus Penjenamaan Digital Dalam Industri Makanan Viral Peringkat Negeri Terengganu 2025 pada 19 hingga 20 jun 2025 [Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi (PIPE)] bertempat di Quinara Al- Safir Resort, Terengganu. Seramai 41 orang terlibat iaitu dari belia usahawan setempat, belia Ipt, belia berpersatuan dan belia minoriti yang ingin menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran perniagaan.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Nurul Afifa Sofina bt Azmi, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Terengganu. Majlis ini juga turut dihadiri Pegawai Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu Puan Shaliza bt Samasudin.

Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dibawah Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui anjuran Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dalam memberi ruang untuk para belia kita dalam memperkasakan ilmu ekonomi belia dengan penggunaan sumber digital secara meluas untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing belia dengan menggunakan sumber digital dalam penjenamaan produk secara menyeluruh Dan mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi. Disamping mendapatkan input- input penting yang boleh diperolehi melalui agensi-agensi yang berkaitan seperti MARA, FAMA, MyIPO dan YPU Terengganu yang mana hanya melalui atas talian dapat membangunkan usahawan belia minoriti ini Dan meningkatkan taraf ekonomi hanya menggunakan Perniagaan Digital sebagai medium Dan platform untuk mempromosikan Dan menviralkan produk makanan dan barangan mereka.

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT 

Program ini juga menampilkan perkongsian daripada usahawan belia yang berjaya yang merupakan influencer makanan viral produk makanan tempatan Negeri Terengganu iaitu Nachik Cik Na Kopi Nisang yang mana bukan sahaja berkongsi cabaran dan kejayaan beliau didalam memajukan produk beliau malah dapat menyuntik semangat belia-belia tempatan di Negeri Terengganu khususnya dalam berjaya Dan menjadi usahawan Muda yang kreatif, cekal dan mempunyai nilai kendiri yang tinggi serta berdikari."Nok Berubah adalah Diri Sendiri, kalu malu, tak yakin, sampai bila- bila kita tak berjaya!" Itulah kata-kata daripada Usahawan yang berjaya yang bukan sahaja jutawan muda yang melonjak maju dan berjaya di usia sebelum 30 tahun tapi seorang iKon belia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengetengahkan produk Negeri Terengganu dan berjuang untuk kebahagiaan keluarga iaitu Nachik Na Kopi Nisang atau nama sebenar adalah Puan Nur Nadhirah Syuhadah bt Rahmat, usahawan belia serta anak jati Terengganu yang berjaya.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama, dan bersama- sama berkongsi pendapat, idea-idea serta terus setia sepanjang program ini berlangsung. Perkongsian ilmu, pengalaman dan jaringan peluang serta ruang untuk usahawan belia, belia Ipt yang mencari ruang kemahiran Dan pekerjaan, belia persatuan serta belia yang ingin meningkatkan taraf ekonomi untuk membina masa depan dalam kemahiran Dan keusahawanan, semoga dapat digunakan sebaik mungkin.

#RakanMahir
#TeamJBSN
#BeliaTerengganu
#JBSNT
#BeliaMasaDepan
#RakanDigital

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search