- JBS Terengganu
- Hits: 67
KURSUS RAKAN MUDA ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) SIRI 1 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 67
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Belia & AI: Gabungan Hebat! Kursus Rakan Muda Artificial Intelligence Terengganu 2025. Satu lagi program hebat yang berjaya melabuhkan tirai! Pada Isnin, 23 Jun 2025, telah berlangsung Program Rakan Digital: Kursus Rakan Muda Artificial Intelligence (AI) Siri 1 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Talkspace, Terengganu Digital 1303, Kuala Terengganu.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Nor Hisham bin Mohamad, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat buat para peserta!
Program ini membuka ruang untuk anak muda Terengganu mendalami dunia Artificial Intelligence (AI) – dari asas AI hingga ke aplikasi dunia sebenar.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program! Anda semua memang luar biasa! Semoga segala ilmu & pengalaman yang diperoleh menjadi titik tolak ke arah masa depan digital yang lebih cerah!
#RakanDigital
#RakanMudaAI
#TerengganuDigital
#BeliaTerengganu
#JBSNT
#BeliaMasaDepan
#AIuntukBelia
#DigitalFuture
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT