- JBS Terengganu
- Hits: 55
KUNJUNGAN HORMAT DAN PEMAKLUMAN BERKAITAN PROGRAM DRAWBRIDGE INTERNATIONAL PARAMOTOR CHALLENGE
- JBS Terengganu
- Hits: 55
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 – Satu kunjungan hormat telah diadakan pada 26 Jun 2025 oleh Kelab Sukan Paramotor JomFly ke atas Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), bagi memberi penerangan berkaitan pertandingan DRAWBRIDGE INTERNATIONAL PARAMOTOR CHALLENGE yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 27 hingga 29 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad)
Lokasi : Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu
Kelab Sukan Paramotor Jomfly yang diketuai oleh Muhammad Alias bin Ikhsan, Pengerusi Kelab Sukan Paramotor Jomfly dan bendahari kelab, Muhammad ‘Afi Adly bin Muhammad Alias telah berkongsi perkembangan aktiviti kelab, termasuk pencapaian dan pelan jangka panjang untuk memperkasakan sukan paramotor di negeri Terengganu, kebangsaan dan juga antarabangsa. Kelab Sukan Paramotor Jomfly merupakan kelab sukan paramotor yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan merupakan ahli gabungan bagi Persekutuan Sukan Udara Malaysia.
Tuan Pengarah menzahirkan penghargaan atas inisiatif kelab dan menyatakan kesediaan pihak jabatan untuk terus menyokong pembangunan sukan ekstrem dan rekreasi udara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan belia Terengganu.Turut hadir sama En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
#JBSNKomited
#TeamKBS
#JBSNT
#MalaysiaMadani
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT