PROGRAM SUMMER CAMP RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang bermula pada 12 Jun 2025 akhirnya melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan dan kenangan manis pada 14 Jun 2025!
Seramai 40 orang peserta belia berumur 18 hingga 21 tahun dari seluruh negeri Terengganu telah berkumpul selama tiga hari dua malam di Redang Campstay, Pulau Redang. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dilaksanakan, memberi peluang kepada peserta untuk mengenali diri, membina keyakinan serta menimba ilmu baru.
Antara aktiviti utama sepanjang program:
  Ice Breaking & Pembentukan Kumpulan – kenal-kenal dan bina semangat pasukan
  Belia & Kesukarelawanan – faham erti memberi dan berbakti
  Belia & Potensi Diri – kenal kekuatan diri, bina masa depan
  Water Confident – cabar diri dan atasi ketakutan dalam air
  Snorkeling – nikmati keindahan alam marin Pulau Redang
  Asas Pertolongan Cemas – ilmu penting untuk situasi kecemasan
  Malam Kebudayaan – tunjuk bakat dan raikan kepelbagaian
Majlis perasmian telah di sempunakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu yang sangat dihormati dan memberikan sokongan:
  SI Mohamad bin Ibrahim – Ketua Polis Balai Pulau Redang
  Dr. Normah Awang Noh – Pensyarah Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA
  Dr. Siti Hajar binti Kamaruddin – Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT
  En. Mohd Shahril bin Mazuki – Ketua Penerangan Majlis Belia Negeri Terengganu
  En. Muhammad Muzammil bin Mokhetar – Pengerusi MAYC Negeri Terengganu
  Encik Nor Rijam bin Ibrahim – Presiden Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia
  Encik Mohd Zulkifli Abdul Ghafar – Presiden Kelab Rekreasi Kuala Berang
  Puan Juhaida binti Mohamad – Kelab Sukan Kecergasan Warisan
  Encik Mohd Aziruddin bin Majid - CO Redang CampStay
  Encik Mohd Naquib bin Mohammad - Penceramah Rakan Muda Rakan Ekspresi
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini – para penceramah, jurulatih, urus setia, dan tentunya para peserta yang sangat komited, berdisiplin dan penuh semangat dari awal hingga akhir!
Semoga segala pengalaman sepanjang program ini menjadi bekalan untuk terus melangkah sebagai belia yang berilmu, aktif dan berdaya saing. Jumpa lagi dalam program akan datang!

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search