PROGRAM MASTER SPORTS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025 - MEMANAH

 
KUALA TERENGGANU,2 JULAI 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Memanah Tradisional Negeri Terengganu telah berjaya melaksanakan Program Master Sports pada 29 Jun 2025 bagi acara Kejohanan Memanah Master Sports Peringkat Negeri Terengganu 2025.

Bertempat di Padang Polo Terengganu Equestarian Resort (TER) Kuala Ibai Terengganu, seramai 115 peserta telah menyertai program ini bagi merebut hadiah wang tunai, sijil, medal ekslusif dan hadiah cabutan bertuah.

Berikut adalah nama pemenang Kejohanan Memanah Master Sports Peringkat Negeri Terengganu 2025;
 
Johan Nama : Khairi bin Yusof (Black Tiger)
Kelab : Kelab Prime Arrows
Negeri : Terengganu

Naib Johan
Nama : Ehsam bin Long
Kelab : Kelab Memanah Masjid Anajjah
Negeri : Pahang

Tempat ke 3
Nama : Mohd Shafi bin Ismail
Kelab : Assiddinqin Archery Club
Negeri : Kedah

Tempat ke 4
Nama : Idris bin Mahmud
Kelab : Kelab Memanah Tradisional Tuan Abdullah
Negeri : Pulau Pinang

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad diiringi Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Encik Muhammad Irsyad Syafiq bin Burhanuddin dan Presiden Persatuan Memanah Tradisional Negeri Terengganu, Encik Mohd Ridhwan bin Talib.

Untuk makluman, Program Master Sports Peringkat Negeri Terengganu 2025 adalah satu program yang memfokuskan kepada penglibatan dan penyertaan komuniti yang menyeluruh untuk bersukan secara sukarela berumur 40 hingga 60 tahun. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat menambahkan aktiviti masyarakat dan sentiasa mengekalkan gaya hidup sihat dalam bersukan.
#TeamJBSNT
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#RoadToHSN2025
#KejohananMemanah2025
#ArcheryChallenge

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search