PROGRAM LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LiSOKU) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Program LiSOKU Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung dengan meriah pada 30 Jun & 1 Julai 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Terengganu dan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai.

Acara yang dipertandingkan ialah:
  Bola Tampar Duduk
  Futsal
  Tenpin Boling

Program bertujuan untuk mencungkil bakat dan menggalakkan penglibatan aktif dalam kalangan OKU selain memperkukuhkan semangat kesukanan dan perpaduan.

Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, diriingi oleh Puan Siti Mariam binti Ahmad Tobias Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya, Jabatan Belia Dan Sukan Negara serta Encik Fakruddin bin Zakaria selaku Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Terengganu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, pengiring dan urus setia yang telah menjayakan kejohanan pada kali ini.Teruskan menyokong pembangunan sukan OKU di Negeri Terengganu!
#LiSOKU2025
#JBSNTerengganu
#SukanUntukSemua
 
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search