- JBS Terengganu
- Hits: 134
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PROGRAM CYCLING TOUR ASEAN SOLIDARITY 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 134
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi penganjuran Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 telah diadakan pada 16 Jun 2025 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu , dan turut dihadiri oleh :
En. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara
En. Dharzuky, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, JBSN
Tuan Haji Asmadi, Pengarah JBS Negeri Terengganu
Wakil-wakil agensi pelaksana dan pasukan teknikal
Antara agenda utama mesyuarat ialah penyelarasan logistik, keselamatan laluan, penglibatan komuniti serta promosi negeri Terengganu sebagai tuan rumah segmen laluan program ini.
Program berbasikal bertaraf antarabangsa ini bakal menghimpunkan peserta dari negara-negara ASEAN dengan semangat solidariti dan gaya hidup sihat. Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi.
Nantikan Negeri Terengganu bakal menjadi lokasi penting dalam siri kayuhan ini yang dijadualkan berlangsung pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) di Dataran Batu Buruk, Terengganu.
#CyclingTourASEAN #SolidarityRide2025
#JBSNTerengganu #BeliaAktif #SukanUntukSemua #TerengganuMaju
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT