- JBS Terengganu
- Hits: 200
KURSUS ASAS KAYAK STAR ONE 2025 PERINGKAT KEBANGSAAN
- JBS Terengganu
- Hits: 200
MARANG, 3 OGOS 2025 - Kursus Asas Kayak Star One 2025 Peringkat Kebangsaan
Tarikh: 29 – 31 Julai 2025 (Selasa – Khamis)
Lokasi: Pulau Kapas, Marang, Terengganu
Kursus Asas Kayak Star One 2025 Peringkat Kebangsaan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan penyertaan peserta dari pelbagai negeri seluruh Malaysia. Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran asas berkayak serta melahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam aktiviti air mengikut piawaian STAR (Standard Assessment and Rating) yang diiktiraf.
Antara pengisian kursus termasuk:
Taklimat keselamatan air
Asas pengendalian kayak
Latihan mendayung dengan teknik yang betul
Aktiviti latihan di perairan terbuka
Ujian penilaian akhir STAR ONE
Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu; Puan Siti Nor Ahya-Hydayah binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang; serta En. Dzulkafli bin Abas, Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu.
Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang! Semoga ilmu dan pengalaman ini dimanfaatkan untuk pembangunan sukan air di peringkat negeri dan kebangsaan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMuda
#JBSNTerengganu
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
