- JBS Terengganu
- Hits: 69
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU SIDANG 1, PENGGAL KE-35, SESI 2025-2026
- JBS Terengganu
- Hits: 69
KUALA TERENGGANU. 29 JULAI 2025 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Terengganu Sidang 1, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 yang dipengerusikan bersama oleh Yb Ustaz Hishamuddin bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu dan juga Dato’ Haji Abdul Kahar bin Haji Abdul Latif, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Utama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, dan En. Hazwan bin Hamidun, Pengerusi Tetap Majlis Belia Negeri Terengganu.
Majlis Perundingan Belia Negara merupakan satu platform bagi membincangkan isu dan usul yang boleh diketengahkan dalam pembangunan belia pada semua peringkat selain memperkukuhkan serta mempertingkatkan hubungan dan jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak kerajaan dalam usaha melahirkan belia yang dinamik dan berdaya saing.
Sebanyak lima (5) usul telah dibahaskan dan dikemukakan bagi mendapatkan pelbagai pandangan yang boleh diberi perhatian pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan demi pembangunan belia khususnya di Negeri Terengganu.
Untuk rekod, seramai 110 ahli persidangan hadir pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Sidang 1, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026.
#JBSNBersama
#teamkbs
#jbsnt
#MalaysiaMadani
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT