- JBS Terengganu
- Hits: 52
PROGRAM RAKAN BUMI: SAVE THE SEA SIRI 1 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 52
KUALA TERENGGANU, 29 JULAI 2025 - Program Rakan Bumi: Save The Sea Siri 1 Peringkat Negeri Terengganu 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 24–26 Julai 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut dan Damai Beach Resort, Besut, dengan penyertaan 35 peserta selama 3 hari 2 malam.
Program ini sarat dengan aktiviti ilmiah dan lasak yang membina jati diri serta memupuk kesedaran terhadap alam sekitar. Antara aktiviti utama sepanjang program:
Ice Breaking & Pembentukan Kumpulan – bina semangat pasukan
Kesukarelawanan & Komuniti – bersihkan pantai bersama AADK Besut
Belia & Potensi Diri – kenal kekuatan dan arah masa depan
Flying Fox, Night Walk & Malam Kebudayaan – uji keberanian & tunjuk bakat
Hiking Bukit Keluang – cabar diri, hayati alam
Ceramah disampaikan oleh:
Dr. Normah Awang Noh (UniSZA)
Dr. Siti Hajar Kamaruddin (UMT)
En. Mohd Shahril bin Marzuki (Majlis Belia Negeri Terengganu)
Bersama sokongan teknikal oleh En. Mohd Zulkifli Abdul Ghafar (Kelab Rekreasi Kuala Berang)
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSNT, bersama En. Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia & Sukan Daerah Besut.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, urus setia, agensi kerjasama dan peserta yang menjayakan program ini. Semoga segala pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus menjadi belia yang aktif, prihatin dan berdaya saing!
#RakanBumi #SaveTheSeaSiri1 #BeliaTerengganu #JBSNT #AADK #RakanMuda #CintaiAlam
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT