- JBS Terengganu
- Hits: 42
PROGRAM ZIARAH MAHABBAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 42
KUALA TERENGGANU, 3 OGOS 2025 - Program Ziarah Mahabbah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Usai perasmian penutup program Rakan Bumi : Rakan Muda Save The Save Peringkat Negeri Terengganu 2025, Tuan Haji Asmadi Mohamad bersama Team Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut, Team Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNT dan empat puluh peserta Rakan Muda Save The Sea telah hadir mengunjungi rumah dan pusara Arwah Adik Nurly Sahirah binti Azman di Kampung Gong Pasir Besut.
Rombongan Ziarah Mahabbah ini di sambut oleh Encik Azman Mohamad, bapa kepada Allahyarham Nurly Sahirah. Dalam penemuan ini Encik Azman Mohamad berkesempatan menceritakan serba sedikit tentang arwah Nurly Sahirah Dan sempat memberikan motivasi kepada para belia yang hadir.
Semoga usaha kecil JBSNT menyantuni dan menziarahi pusara Nurly Sahirah menghasilkan keinsafan buat semua dan semoga kita semua terus sentiasa mendapat naungan dan rahmat Allah SWT.
Kematian sesungguhnya peringatan yang nyata untuk kita yang masih hidup di dunia ini. Namun. Kematian juga boleh menghidupkan Jiwa Dan mendekati kita kepada Allah SWT.
#TeamJBSNT
#MalaysiaMadani
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT