MAJLIS PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN CEK CURA KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN ANTARA NEGERI TAHUN 2025

KUALA NERUS, 29 JULAI 2025 - MAJLIS PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN CEK CURA
KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN ANTARA NEGERI TAHUN 2025 telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penyampaian Cek Cura Geran Padanan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (GPSKBS) oleh YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan cek cura GPS berjumlah RM25,000.00 kepada Persatuan Bola Baling Negeri Terengganu yang diwakili oleh YBrs. Encik Kamarudin bin Mohamad, Timbalan Presiden Persatuan Bola Baling Negeri Terengganu.
GPS bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk geran padanan bagi penganjuran program sukan Persatuan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/. Kaedah pemberian bantuan GPS KBS adalah secara tuntutan bayaran balik (reimbursement).
Kejohanan yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu ini telah menghimpunkan lebih 450 orang atlet dan pegawai dari 11 buah negeri. Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat mencungkil bakat baharu serta meningkatkan disiplin dan jati diri dalam kalangan atlet remaja.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Dr. Haji Nasree bin Najmi, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Puan Salbina binti Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu; serta Encik Azahari bin Baharom, Naib Presiden Persatuan Bola Baling Malaysia.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur serta semua kontinjen yang mengambil bahagian.
#gpskbs
#kbsmalaysia
#rakanmuda
#jbsnt
#teamkbs

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search