- JBS Terengganu
- Hits: 26
PROGRAM RAKAN MAHIR : RAKAN AGROPRENEUR: SISTEM FERTIGASI PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 26
KUALA TERENGGANU, 24 Ogos 2025 - Program Rakan Mahir : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu / Kuala Nerus telah mengadakan Program Mahir : Rakan Agropreneur: Sistem Fertigasi Peringat Daerah Kuala Nerus 2025 telah dilaksanakan pada 21 Ogos 2025 bertempat di Pusat Informasi Pertanian Bandar, Batu Burok, Kuala Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Kuala Nerus dengan penyertaan seramai 105 orang peserta.
Program bertujuan untuk memperkasakan golongan belia dalam bidang agropertanian moden, khususnya dalam bidang sistem fertigasi yang semakin relevan dalam industri pertanian masa kini sekaligus membuka ruang kepada belia untuk menjadikan pertanian sebagai salah satu kerjaya yang berpotensi tinggi san berdaya saing.
Taklimat program telah disampaikan oleh pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Pertanian Daerah Kuala Nerus dan diakhiri dengan praktikal dengan cara penanaman dalam bekas.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Muhammad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir sama Puan Norhidayah binti Ramli, wakil Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Encik Mohd Hisham bin Mohamed, Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Puan Wan Noraini wakil Pegawai Pertanian Kuala Nerus, guru-guru pengiring dari SMK Kompleks Seberang Takir, SMK Kompleks Tembesu, SMK Sultan Mansor, SMK Haji Abdul Rahman Limbong, SMK Padang Kemunting dan SMK Bukit Tunggal serta kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#JBSNT
#JPNT
#PPDKN
#PBSDKUALATERENGGANU/KUALANERUS
#MalaysiaMadani
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT