RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) JELAJAH ROHANI PERINGKAT DAERAH KEMAMAN SIRI 2 2025

KEMAMAN, 24 OGOS 2025 - Telah berlangsung Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) - Jelajah Rohani Peringkat Daerah Kemaman Siri 2 2025 pada 20-21 Ogos 2025 bertempat di Masjid Bandar Baru Cheneh Kemaman. Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini telah disertai seramai 110 orang peserta lelaki di Daerah Kemaman.

Objektif program adalah memberi pendedahan dan pengalaman dalam melaksanakan aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan meletakkan institusi masjid sebagai satu institusi sosial yang dapat melahirkan sukarelawan yang berkualiti.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program berlangsung adalah riadah sukaneka, kuliah Magrib, bacaan Yassin dan tahlil, Qiamullail, Kuliah subuh, senamrobik dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid.

Program telah dirasmikan oleh Puan Nurhayati binti Ahmad, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kemaman.

Tahniah kepada peserta yang menyertai Program Rakan Perihatin: Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) - Jelajah Rohani Peringkat Daerah Kemaman Siri 2 / 2025. Sekalung penghargaan kepada jawatankuasa masjid atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Penyampaian sijil penyertaan kepada 110 peserta dan sijil penghargaan kepada penceramah, kepada masjid, dan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Cheneh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru telah disempurnakan oleh Pn. Nurhayati binti Ahmad Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kemaman.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDKemaman
#RakanMuda
#RakanPrihatin
#JelajahRohani
#MasjidBandarBaruCheneh

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search