PROGRAM RAKAN DEMOKRASI : KLINIK DEMOKRASI PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU SIRI 1/2025

KUALA TERENGGANU, 24 OGOS 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/ Kuala Nerus telah melaksanakan Program Rakan Demokrasi : Klinik Demokrasi Siri 1 Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2025 pada 21 Ogos 2025 bertempat di SMK Sultan Ahmad. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan atau pendedahan awal berkenaan sistem pentadbiran dan asas berkerajaan kepada belia, memberi pengetahuan tentang bagaimana proses pendemokrasian dan pilihanraya di Malaysia kepada belia menggunakan laras bahasa orang awam.

Seramai 129 orang peserta telah menyertai program ini. Slot ilmu ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Rosyidah Muhammat, Pensyarah Kanan UMT dan dibantu oleh Encik Nik Muhammad Syafiq dari Majlis Belia Negeri Terengganu .

Melalui program ini, diharapkan lebih ramai belia di daerah Kuala Terengganu dapat membentuk minda tentang pentingnya ilmu kenegaraan yang autentik dan peka dengan dasar-dasar kerajaan madani agar menjadi panduan dalam membuat keputusan rasional dalam pilihanraya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Mohd Emeilda bin Mohd, Pengetua SMK Sultan Ahmad. Turut hadir sama Encik Mohd Qayyum bin Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/ Kuala Nerus.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDKT/KN
#RakanDemokrasi
#KlinikDemokrasi
#Demokrasi

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search