- JBS Terengganu
- Hits: 80
PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) JELAJAH ROHANI PERINGKAT DAERAH BESUT 2025 SIRI 2
- JBS Terengganu
- Hits: 80
BESUT, 24 OGOS 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut telah berjaya menganjurkan Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Jelajah Rohani Peringkat Daerah Besut 2025 Siri 2 pada 22 hingga 23 Ogos 2025 (Jumaat – Sabtu) bertempat di Masjid An Naim, Alor Teratai, Kuala Besut.
Program yang menghimpunkan seramai 100 orang peserta belia dari sekitar daerah Besut ini bertujuan untuk:
Menyemai nilai sukarelawan, kepimpinan serta semangat kebersamaan dalam kalangan anak muda
Meningkatkan penghayatan nilai agama sebagai teras dalam kehidupan berorganisasi dan bermasyarakat
Antara pengisian utama program termasuklah:
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Aktiviti riadah & senaman pagi
Kuliah Maghrib & Kuliah Subuh
Perkongsian kepimpinan bersama pemimpin tempatan
Qiamullail
Gotong-royong komuniti
Majlis penutup
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Nur Al-Hadi bin Zolkefli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Hj. Ahmad Zaki bin Mohd (Pengetua SMKA Nurul Ittifaq).
Dalam ucapannya, Encik Ahmad Nur Al-Hadi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan, institusi dan pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini.
Harapan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai belia, sekali gus melahirkan generasi muda yang berkualiti, berakhlak mulia serta komited dalam kerja-kerja sukarelawan demi pembangunan komuniti dan negara.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#RakanMuda
#RakanPrihatin
#JelajahRohaniSiri2
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
