- JBS Terengganu
- Hits: 34
KEJOHANAN MASTER SPORT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025 SEMARAKKAN SUKAN GOLF
- JBS Terengganu
- Hits: 34
KUALA TERENGGANU, 24 OGOS 2025 – Kejohanan Master Sport Peringkat Negeri Terengganu 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan Pemain Golf Kolobai telah berlangsung meriah dengan penyertaan seramai 80 orang peserta dari seluruh negeri.
Kejohanan bermula seawal jam 8.30 pagi di Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Menariknya, edisi kali ini menampilkan kelainan dengan penganjuran dua kategori iaitu Medal A (55 tahun ke atas) dan Medal B (40 hingga 54 tahun).
Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMuda
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT