MESYUARAT PEMANTAUAN PRESTASI PERKHIDMATAN DI KOMPLEKS-KOMPLEKS SUKAN DAERAH BESUT BIL. KE-3/2025

BESUT, 4 OGOS 2025 - Satu Mesyuarat Pemantauan Prestasi Perkhidmatan telah diadakan melibatkan tiga lokasi utama iaitu Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, Kompleks Sukan Komuniti Besut dan Kompleks Sukan Jabi. Mesyuarat ini bertujuan menilai keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan dan syarikat-syarikat yang mengendalikan operasi fasiliti sukan di bawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Pengerusi memberi penekanan pentingnya mesyuarat ini sebagai platform perbincangan terbuka untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta cadangan penambahbaikan demi memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk menilai prestasi semasa syarikat-syarikat pengurusan fasiliti dari segi penyelenggaraan, operasi harian, tahap kebersihan, keselamatan serta kepuasan pengguna. Selain itu, perbincangan turut tertumpu kepada penyelarasan standard operasi serta keperluan-keperluan yang perlu diberi perhatian segera oleh pihak kontraktor.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut turut menzahirkan harapan agar semua syarikat yang terlibat sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan, sentiasa prihatin terhadap maklum balas pengguna dan bertindak proaktif dalam menyelesaikan sebarang isu yang timbul. Beliau turut menegaskan komitmen pejabat untuk terus memantau prestasi secara berkala demi memastikan objektif pembangunan sukan dan belia di daerah Besut tercapai dengan jayanya.
Mesyuarat berakhir dengan sesi perbincangan dua hala dan cadangan penambahbaikan yang akan diteliti untuk tindakan lanjut.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#MesyuaratPemantauan
#MesyuaratBerkala

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search