- JBS Terengganu
- Hits: 48
PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) JELAJAH ROHANI SIRI 2 PERINGKAT DAERAH MARANG TAHUN 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 48
MARANG, 24 OGOS 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang telah berjaya melaksanakan Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Jelajah Rohani Siri Peringkat Daerah Marang 2025 pada 22 hingga 23 Ogos 2025 (Jumaat – Sabtu) bertempat di Masjid Padang Mengkuang, Marang.
Seramai 102 orang peserta yang terlibat menyertai program tersebut melibatkan 3 Tahfiz iaitu Tahfiz Asy Syatibi Bukit Payung, Tahfiz Al-Huda Wakaf Tapai & Madrasah Mazahirul Ulum Binjai Bongkok. Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk:
Menyemai nilai sukarelawan, kepimpinan serta semangat kebersamaan dalam kalangan anak muda
Meningkatkan penghayatan nilai agama sebagai teras dalam kehidupan berorganisasi dan bermasyarakat
Antara pengisian program adalah :
Ceramah PDRM
Aktiviti Riadah :
- Aktiviti Regangan
- Sepak Penalti
- Brisk walk (4KM)
Kuliah Maghrib & Kuliah Subuh
Perkongsian kepimpinan bersama pemimpin tempatan
Qiamullail
Gotong-royong persekitaran masjid
Majlis penutup
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Puan Siti Nor Ahya-Hydayah binti Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Marang, turut sama hadir Tuan Haji Zulkiflie bin Wahab Dan JK dan Saudara Rifhan bin Noor din, Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDMarang
#RakanMuda
#RakanPrihatin
#JelajahRohaniSiri2
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT