- JBS Terengganu
- Hits: 30
KEJOHANAN FUTSAL SRIKANDI TERTUTUP HULU TERENGGANU 2025 MERIAHKAN KOMPLEKS SUKAN TELEMONG
- JBS Terengganu
- Hits: 30
HULU TERENGGANU, 24 OGOS 2025 – Kompleks Sukan Telemong menjadi tumpuan apabila Kejohanan Futsal Srikandi Tertutup Hulu Terengganu 2025 berjaya dianjurkan sempena Malaysia Aktif Siri 10 Peringkat Daerah Hulu Terengganu pada 22 Ogos yang lalu.
Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dan Twinz Football Club serta Kelab Sukan Rekreasi Kuala Berang. Sebanyak 13 pasukan, dengan keanggotaan seramai 10 orang bagi setiap pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Penyertaan terdiri daripada komuniti tempatan khususnya belia Hulu Terengganu. Ianya telah mendapat sambutan hangat dan berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan sokongan padu para penyokong yang hadir.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak terutamanya pihak jawatankuasa Twinz Football Club yang menjadi tulang belakang kepada kejohanan kali ini.
Nantikan pelbagai lagi program menarik yang bakal diadakan khas untuk warga Hulu Terengganu.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#MalaysiaAktif
#RakanMuda
#teampbsdhulutrg
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT