KEJOHANAN CATUR PROGRAM 1000 LIGA DAERAH BESUT 2025

BESUT, 24 Ogos – 128 org penyertaan telah mencatatkan kemeriahan penganjuran Kejohanan Catur Program 1000 Liga Peringkat Daerah Besut 2025 yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Besut pada 23 Ogos 2025.

Penganjuran ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah turut menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu dalam sukan catur di kalangan generasi muda daerah Besut. Objektif kejohanan ini adalah untuk memperkasakan budaya bersukan, meningkatkan daya pemikiran strategik serta melahirkan atlet pelapis yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Nur Al-Hadi bin Zolkefli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, yang mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Encik Kamal Asyraff bin Nordin, Penolong Pegawai PPD Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, PPD Besut.

Diharapkan agar kejohanan ini dapat menjadi pemangkin kepada pengembangan sukan catur di daerah ini sekaligus melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mengharumkan nama daerah Besut di peringkat negeri dan kebangsaan.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#RakanMuda
#1000liga

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search