KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU

MARANG, 24 OGOS 2025 - Telah berlangsung Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2025 bertempat di Angullia Beach House Marang, Terengganu. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah bermula pada 20 hingga 22 Ogos 2025 dan disertai seramai 50 orang peserta.

Program ini berupaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama dan negara. Selain itu, program ini juga diharap dapat membendung gejala sosial serta kes jenayah dalam kalangan belia. Turut diselitkan slot 'Belia Tolak Ekstremisme' bersama ASP Muhammad Farid bin Mat, Pegawai Counter Terrorisme E8 (M) Bukit Aman.

Pelaksanaan program ini juga adalah bagi merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia yang mempunyai nilai-nilai jati diri yang tinggi, berpengetahuan, prihatin serta bertanggungjawab.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Halizan bin Mat Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Turut hadir Puan Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dan Puan Siti Nor Ahya-Hydayah binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terutamanya Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu yang banyak membantu serta memberi sokongan dalam penganjuran program kali ini.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#rakanmuda
#teampbsdhulutrg
#kembelia

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search