OUTWARD BOUND SCHOOL SABAH BENTUK SEMANGAT KEPIMPINAN PESERTA KURSUS
KINARUT, 28 Jun 2025 - Modul Hari kedua Kursus Kemahiran Memimpin Peringkat Negeri Sabah dimulakan di Outward Bound School (OBS) Kinarut.
Para peserta kursus dibahagikan megikut kumpulan masing-masing dibawah kendalian jurulatih OBS.
Objektif utama modul OBS ini secara umum adalah untuk membentuk individu yang berdaya tahan, berdisiplin, berdikari, serta memiliki semangat kepimpinan dan kerja berpasukan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman di luar bilik darjah, khususnya dalam persekitaran luar (outdoor).
KURSUS KEMAHIRAN MEMIMPIN PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
KOTA KINABALU, 27 Jun 2025 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson dengan Kerjasama JBS Sabah telah melaksanakan Kursus Kemahiran Memimpin Peringkat Negeri Sabah bermula 27 hingga 29 Jun 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Sesi pendaftaran peserta melibatkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mewakili UiTM Cawangan Sabah, IKBN Kinarut, Almacrest International College, Kolej Komuniti Penampang dan ABIM Ranau.
Hari pertama kursus para peserta telah mengikuti Modul Ice Breaking, Modul 1 : Konsep dan Potensi Kepimpinan Diri dan Modul 2 : Personaliti dan Potensi Pemimpin yang telah disampaikan oleh Puan Dayangku Rahimah binti Pg. Hassan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pantai Barat dan Encik Nyugem ak Berinyau dari IKBN Kinarut.
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH PENGGAL KE-35, SESI 2025–2026
BEAUFORT, 26 Jun 2025 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Bahagian Pedalaman Bawah bagi Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 2, Pejabat Daerah Beaufort, menghimpunkan para pemimpin belia dari daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu ,Membakut dan Menumbok bagi membincangkan pelbagai usul dan resolusi untuk memperkasa golongan belia.
Majlis ini dirasmikan oleh Ybrs Mohd Nazri Bin Ajun Pegawai Daerah Beaufort, merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Bahagian Pedalaman Bawah, , yang dalam ucapatamanya menekankan bahawa MPBN ialah platform strategik bagi para belia mengetengahkan idea, cadangan dan pandangan dalam usaha memacu pembangunan belia, khususnya di kawasan pedalaman bawah.
Antara usul yang di bawa pada sidang kali ini adalah :
➢ Mewujudkan Program Penganugerahan Belia dan Sambutan Hari Belia peringkat Daerah secara tahunan.
➢ Pengiktirafan kepada pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian awam/ swasta yang cemerlang dalam bidang kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan belia.
➢ Mewujudkan taman papan luncur (skate park) di setiap Daerah di Bahagian Pedalaman Bawah sebagai kemudahan riadah dan aktiviti sukan sihat untuk belia.
➢ Mewujudkan Kem Rekreasi dan Tapak Perkhemahan Belia di kawasan Pedalaman Bawah Beaufort bagi tujuan pembangunan sahsiah, latihan belia, dan eko-pelancongan komuniti.
➢ Program TVET jangka pendek : latihan kemahiran tanpa pengajian sepenuh masa di institusi pengajian awam
➢ Perkasa Belia OKU : Peluang Latihan dan Pekerjaan Mikro
➢ Menubuhkan persatuan Belia peringkat Daerah bagi setiap Daerah.
Pengerusi MPBN Bahagian Pedalaman Bawah, dalam ucapan penutup berkata:
"Besarlah harapan saya agar setiap usul yang dikemukakan ini dapat diselesaikan di peringkat daerah atau bahagian, manakala usul yang memerlukan perhatian di peringkat yang lebih tinggi, dikemukakan di peringkat negeri atau kebangsaan untuk mendapat perhatian sewajarnya.
Majlis ini juga dihadiri oleh wakil dari Pejabat Parlimen Dan Adun Bahagian Pedalaman Bawah, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Pertubuhan Belia di Bahagian Pedalaman Bawah.
KUNJUNGAN HORMAT KE PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KALABAKAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM SKILLS FOR LIFE@PARLIMEN TAHUN 2025
TAWAU, 25 Jun 2025 - Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau yang diketuai oleh Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan bagi membincangkan kerjasama dalam pelaksanaan Program Skills For Life@Parlimen 2025 di Parlimen Kalabakan.
Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Encik Saripudin Nurhalim, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kalabakan yang mewakili Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan.Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam melaksanakan inisiatif yang lebih holistik dalam memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia setempat meneroka pelbagai asas kemahiran untuk mempertingkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi golongan belia.
Diskusi memberi tumpuan kepada kerjasama dari aspek latihan kemahiran asas penternakan ikan air masin yang dicadangkan pelaksanaanya di D.S Fishing melibatkan penyertaan dua puluh orang belia berumur diantara 15 hingga 30 tahun. Kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen untuk memperhebatkan usaha dalam memastikan program ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya.
Selain itu, kunjungan ini juga menjadi medan pertukaran idea dan juga tali pengerat hubungan kerjasama dalam pelaksanaan aktiviti dan program yang berteraskan pembangunan belia dan sukan di kawasan Parlimen Kalabakan secara berterusan dari masa ke semasa.
Turut hadir Encik Darmansa bin Samsudin, Pengerusi Gabungan Belia Persatuan Bahagian Tawau. Pejabat ini mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan di atas sambutan mesra dan sokongan padu dalam usaha penganjuran program ini.
MESYUARAT JK INDUK PROGRAM INTEGRASI BELIA SJSM 3.0 2025
KOTA KINABALU, 24 JUN 2025 - Program Integrasi Belia Sarawak - Johor - Sabah - Melaka (SJSM) 3.0 akan dilaksanakan di negeri Sabah pada bulan Ogos 2025.
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan program ini yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mansur Hj Asun, Setiausaha Tetap KBSS.
Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah Tuan Tinus bin Manggam, Pegawai Daerah Ranau, Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah dan Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden MBS.
MESYUARAT PENYELARASAN MPBN PERINGKAT BAHAGIAN 2025
KOTA KINABALU, 23 Jun 2025 - Bahagian Pembangunan Belia JBS Sabah telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian bagi tahun 2025 secara dalam talian melibatkan semua PBSB di Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskini tarikh pelaksanaan MPBN di setiap bahagian dan hal-hal berkaitan persidangan.
KOTA KINABALU, 23 Jun 2025 - Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah mengadakan Morning Prayer yang diketuai oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
Morning Prayer ini bertujuan untuk membentangkan status program yang telah dan belum dilaksanakan sepanjang bulan jun 2025.
Semua unit diminta agar sentiasa mengemaskini status pelaksanaan program masing-masing agar dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat.
KOTA KINABALU, 23 Jun 2025 - Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah mengadakan Morning Prayer yang diketuai oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
Morning Prayer ini bertujuan untuk membentangkan status program yang telah dan belum dilaksanakan sepanjang bulan jun 2025.
Semua unit diminta agar sentiasa mengemaskini status pelaksanaan program masing-masing agar dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat.
KURSUS MEMBUAT KUIH FROZEN DI PARLIMEN KOTA BELUD MENARIK PENYERTAAN GOLONGAN BELIA SETEMPAT MELALUI PROGRAM RAKAN MAHIR : SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN TAHUN 2025 BAHAGIAN KUDAT
KOTA BELUD, 21 Jun 2025 (Sabtu) - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat dengan kerjasama Kelab Belia Maju Kg. Tempasuk 2 telah selesai melaksanakan Program Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen Tahun 2025 Bahagian Kudat bagi kawasan Parlimen Kota Belud dengan penganjuran Kursus Membuat Kuih Frozen.
Inisiatif pelaksanaan Program Skills For Life @ Parlimen diperkenalkan bertujuan menawarkan latihan kemahiran asas kepada belia setempat menerusi kursus jangka pendek dengan menggunakan peralatan, kemudahan sedia ada dan fasiliti setempat yang mana ia secara tidak langsung membantu menangani kos sara hidup yang tinggi dihadapi oleh belia dan masyarakat kini. Program ini telah disertai seramai 20 orang peserta daripada kawasan Parlimen Kota Belud yang diadakan di Dewan Arena Belia KBSS Kota Belud.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nyuk YinTseu, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262