PROGRAM AKTIF EKSPRES PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
KENINGAU, 24 Oktober 2025 - Program Aktif Ekspres Peringkat Negeri Sabah 2025 telah berlangsung di Padang Astaka Institut Perguruan Guru Kampus Keningau.
Objektif program adalah mempromosi gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia dan sebagai satu medium untuk mendidik rakyat Malaysia terutama golongan wanita agar mengaplikasikan pengetahuan tentang gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat di dalam kehidupan seharian dalam mendapatkan berat badan yang ideal.
Seramai 182 orang peserta dalam kalangan wanita menyertai program sehari tersebut yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Keningau dan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#jbsnsabah
#MalaysiaMadani
#MalaysiaAktif
