SESI PITCHING PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026
KOTA KINABALU, 11 Mei 2026 - Sesi Pitching bagi Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Sabah telah berlansung hari ini bertempat di BMU, JBS Sabah melibatkan pertubuhan belia secara dalam talian yang diketuai oleh YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
Proses saringan dan sesi pembentangan ini melibatkan panel yang mempunyai kepakaran dalam bidang Agromakanan.
Antara panel yang terlibat dalam Sesi Pitching ini ialah Dr. Lorren Adam, Pegawai Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterrinar Sabah dan Encik Zainal Abidin Mohamad, Penolong Pengarah Pertanian, Seksyen Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Jabatan Pertanian Negeri Sabah.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 12
