SESI MORNING PRAYER BERSAMA TIMBALAN PENGARAH JBS SABAH
PUTATAN, 12 Januari 2026 (Isnin) - Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah, En. Noorman Bin Ramlan, dalam Perjumpaan antara kakitangan (Morning Prayer) telah mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua pegawai dan kakitangan. Dalam amanat beliau untuk pembukaan tahun 2026, beliau mengharapkan agar semua sasaran kerja pada tahun ini dapat diselesaikan dengan sempurna seperti tahun sebelumnya.
Beliau turut tegas mengatakan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai dan kakitangan harus diselesaikan segera agar jabatan dapat mencapai visi dan misi serta hala tuju pada tahun 2026.
Turut hadir, En.Fedrius bin Jumi , Penolong Pengarah (Sukan) dan Pn. Metchella Febrynna Metha (Penolong Pengarah Rakan Muda ) dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah.
SAMBUTAN HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
Putatan, 6 Disember 2025 – Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2025 berlangsung meriah di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, melibatkan penyertaan aktif belia, komuniti serta rakan strategik sukarelawan.Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah ini bertujuan mengangkat nilai kesukarelawanan dalam kalangan belia serta mengiktiraf sumbangan mereka sepanjang tahun.
Antara pengisian semasa sambutan tersebut ialah Pocket Talk Kesukarelawanan .Sesi perkongsian santai tersebut disampaikan oleh Kelab Rakan Muda Keningau dan Kelab Rakan Muda Tawau menjadi antara tumpuan, dengan pengisian mengenai semangat kesukarelawanan , tanggungjawab sosial dan peluang penyertaan dalam aktiviti komuniti. Interaksi dua hala antara peserta dan panel menjadikan sesi ini lebih hidup dan bermanfaat.
Hospital Kudat turut menjalankan Kempen Derma Darah bagi menyokong keperluan bekalan darah negeri. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada para belia menunjukkan komitmen mereka dalam usaha membantu nyawa.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik sukarelawan Rakan Muda sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan dan kerjasama sepanjang 2025.
Program ini secara keseluruhan berjaya menyemarakkan semangat kesukarelawanan,mengukuhkan jaringan komuniti dan menggalakkan penyertaan belia dalam agenda sosial negara
PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
Kota Kinabalu, 6 Disember 2025 – Program Derma Darah sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2025 telah berjaya dianjurkan hari ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Program ini dikendalikan oleh pasukan perubatan dari Hospital Kudat.
Program derma darah ini menerima sambutan menggalakkan daripada para belia, kakitangan dan komuniti setempat. Para peserta menjalani proses pendaftaran, pemeriksaan kesihatan dan sesi pendermaan secara teratur dengan pemantauan rapi oleh petugas kesihatan. Suasana turut dimeriahkan dengan kehadiran sukarelawan Rakan Muda yang membantu melancarkan perjalanan program. Penganjuran program ini bertujuan menyuburkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia serta meningkatkan kesedaran mengenai keperluan bekalan darah yang berterusan di hospital-hospital sekitar negeri.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah merakamkan setinggi penghargaan kepada Hospital Kudat dan semua belia yang menjayakan program derma darah ini sempena dengan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia.
SAMBUTAN HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA 2025 PERINGKAT NEGERI SABAH
Tarikh : 6 Disember 2025 (Sabtu) Tempat : Kompleks Belia & Sukan (P) Negeri Sabah
Hai Belia Sabah! Jom hadir memeriahkan sambutan ini dan sertai aktiviti menarik yang disediakan: i) Program Derma Darah ii) Pocket Talk Kesukarelawanan bersama Kelab Rakan Muda iii) Cabutan Bertuah untuk peserta!
Daftar di sini: https://forms.gle/tmZEcwzj6pZpsegM6
Jom kita semarakkan semangat kesukarelawanan demi komuniti dan negara!
KOTA KINABALU, 30 November 2025 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah atas bantuan Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah dijadualkan melakukan satu penerbangan ihsan ke Hospital Miri, Sarawak. Misi penerbangan khas ini penting untuk memastikan Encik Apui Jan dapat meneruskan rawatan kesihatan beliau di Hospital Miri.
Penerbangan ini turut disertai oleh isteri Pengarah, Puan Ruji Reli Anyan dan pasukan perubatan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas. Penerbangan menggunakan pesawat Textron 208 diketuai oleh DSP Ng Chuen Beng bersama Pembantu Juruterbang, Inspektor Low Xi Hu serta Pemerhati Udara, Sarjan Mejar Andrew Adam Jipmon telah berlepas dari Kota Kinabalu ke Miri pada jam 11.08 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam 12.30 tengahari.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH ACP Ras Nazrin Shah bin Abdullah, Komander Pangkalan Sabah PGU, Supt. Pearson Hujung anak Skinner dan warga PGU Pangkalan Sabah di atas penerbangan ihsan ini. Juga tidak dilupakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di atas segala usaha dan tahap profesional yang tinggi dalam merawat Encik Apui Jan sepanjang mendapat rawatan di hospital. Adalah didoakan agar Encik Apui Jan segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan beliau sepanjang menjalani rawatan di Hospital Miri, Sarawak.
PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH DIBERIKAN PENERBANGAN IHSAN KE MIRI DENGAN PESAWAT TEXTRON 208 PGU, PDRM
KOTA KINABALU, 30 November 2025 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah atas bantuan Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah dijadualkan melakukan satu penerbangan ihsan ke Hospital Miri, Sarawak. Misi penerbangan khas ini penting untuk memastikan Encik Apui Jan dapat meneruskan rawatan kesihatan beliau di Hospital Miri.
Penerbangan ini turut disertai oleh isteri Pengarah, Puan Ruji Reli Anyan dan pasukan perubatan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas. Penerbangan menggunakan pesawat Textron 208 diketuai oleh DSP Ng Chuen Beng bersama Pembantu Juruterbang, Inspektor Low Xi Hu serta Pemerhati Udara, Sarjan Mejar Andrew Adam Jipmon telah berlepas dari Kota Kinabalu ke Miri pada jam 11.08 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam 12.30 tengahari.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH ACP Ras Nazrin Shah bin Abdullah, Komander Pangkalan Sabah PGU, Supt. Pearson Hujung anak Skinner dan warga PGU Pangkalan Sabah di atas penerbangan ihsan ini. Juga tidak dilupakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di atas segala usaha dan tahap profesional yang tinggi dalam merawat Encik Apui Jan sepanjang mendapat rawatan di hospital. Adalah didoakan agar Encik Apui Jan segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan beliau sepanjang menjalani rawatan di Hospital Miri, Sarawak.
PROGRAM SATRIA CARE IN ACTION! PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU 2025
TAWAU, 22 November 2025 - Program Rakan Prihatin: Satria Care, In Action! Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan di Rumah Warga Tua Air Panas. Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tawau, Rumah Warga Tua Air Panas serta Kelab Rakan Muda Tawau dalam pelaksanaan program ini.
Para belia dan sukarelawan yang menyertai program ini terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan luar dan dalam wad penghuni, sesi ramah mesra serta penyampaian goodies kepada 44 orang warga emas.
Objektif program ini adalah untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam menggalakkan penglibatan belia sebagai sukarelawan yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab serta mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi. Program ini juga menekankan semangat bantu-membantu dan kepekaan terhadap keadaan sekeliling.
Program Satria Care, In Action! turut menjadi platform penting bagi membolehkan belia melaksanakan aktiviti kesukarelawanan secara sistematik dan teratur tanpa mengira bangsa dan agama. Ia memberi pendedahan melalui pembelajaran dan pengalaman secara hands-on, di samping menggalakkan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan aktiviti pada peringkat akar umbi dan komuniti setempat.Secara tidak langsung, program ini berperanan mendidik dan memupuk minat belia untuk menceburi dunia kesukarelawanan secara lebih profesional pada masa hadapan.
Sesi program turut diserikan dengan kehadiran Puan Senerti binti Abdul Nasa, Penguasa Rumah Warga Tua Air Panas; Encik Darmansa bin Samsuddin, Pengerusi Gabungan Belia Bahagian Tawau merangkap Ketua Penerangan Majlis Belia Sabah, encik Alex Dennis, Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Pengerusi Kelab Rakan Muda Tawau; Cik Nursayfaesyah Foo binti Mohd Sayful.
KENINGAU, 18 November 2025 - Berlangsung Tayangan Skrin Besar Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia bertemu Nepal bertempat di Dewan Terbuka Apin-Apin, Keningau.
Program dimeriahkan dengan sokongan semangat kehadiran penyokong hampir 350 orang, dengan keputusan perlawanan pasukan kebangsaan menang 1 jaringan gol di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Turut hadir YBhg. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan YBrs. Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan JBS Sabah.
Antara pengisian program yang turut diadakan: 1.Penalty Shoot Out 2. Cabutan Tiket Bertuah
SUKAN KOMUNITI PRIBUMI SABAH 2025 MEDAN PERKUKUH PERPADUAN MASYARAKAT DAN AGENSI KERAJAAN
KUNAK, 16 November - Kg Lormalong telah dipilih selaku lokasi pelaksanaan Sukan Komuniti Pribumi Sabah 2025. 16 acara dimana 2 acara sukan teras dan 14 acara sukan rakyat, sukaneka telah disajikan yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dan bangsa.
Agensi kerajaan menambah keserian program ini dengan turut bersama mengadakan program sampingan seperti - Jualan Rahmah - Pemeriksaan kesihatan - Derma darah - Pameran Maritim - Pameran Bomba - Pameran Anti Dadah
Program ini turut dimesrakan dengan jalinan kerjasama bersama Pejabat Wilayah Petronas Sabah & Labuan. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Encik Erwan Iskandar, Wakil Pegawai Daerah Kunak.
Turut hadir bersama Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Puan Leona Felicia Thomas, Pengurus Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Encik Maswan Sulad, Pengerusi JKKK Kampung Lormalong, Kunak dan Encik Darmansa bin Samsuddin, Pengerusi Gabungan Belia Persatuan Bahagian Tawau (GABETA).
Pihak pejabat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang bersama dalam menjayakan program ini.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262