ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

12 MAC 2026, PUTATAN - Satu mesyuarat Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sabah telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan dan penyelarasan program anugerah tersebut di peringkat negeri. Mesyuarat secara dalam talian ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.

Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti garis panduan pelaksanaan, proses penilaian serta persiapan bagi memastikan pemilihan calon Anugerah Perdana Belia Negara dapat dilaksanakan dengan sistematik. Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada usaha menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada pertubuhan belia dan individu belia di seluruh negeri Sabah seperti mana yang telah dibentangkan oleh Encik Mohd Rizuan Abd Majid, Pegawai Unit Pembangunan Kepimpinan. Bahagian Pembangunan Belia JBS Sabah.

Melalui mesyuarat ini, diharapkan pelaksanaan Anugerah Perdana Belia Negara peringkat negeri Sabah dapat berjalan lancar serta menjadi platform untuk menghargai sumbangan dan kepimpinan belia yang cemerlang dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Mesyuarat ini juga melibatkan pegawai-pegawai belia dan sukan dari semua bahagian di negeri Sabah dan pegawai-pegawai di Bahagian Pembangunan Belia JBS Sabah.


Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 11:17:31

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search