SMK BELURAN (BESTARI) TUAN RUMAH SEMARAK BELIA @ HBN 2026
BELURAN, 05 Mei 2026 - Perjumpaan bersama YBrs. Encik Zulhairul bin Ramlee, Pengetua SMK Beluran ( Bestari ) dengan Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sandakan telah diadakan bagi memastikan keperluan dan kelancaran pelaksanaan Program Semarak Belia @ HBN 2026 Peringkat Bahagian Sandakan.
Diharapkan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan dan SMK Beluran (Bestari) dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha pembangunan belia setempat.
Turut bersama dalam perjumpaan ini ialah Puan Meriana binti Nunun, Pengerusi Kelab Belia Gemilang Kampung Air yang merupakan Rakan Strategik pelaksanaan Semarak Belia @ HBN 2026.
MESYUARAT PENYELARASAN SEMARAK BELIA @ HBN 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN
BELURAN, 05 Mei 2026 - Penetapan tarikh dan tempat pelaksanaan Semarak Belia @ HBN Peringkat Bahagian Sandakan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Buludan, Pejabat Daerah Beluran yang dipengerusikan oleh YBhg Tuan Roger Appolonius, Pegawai Daerah Beluran yang dihadiri oleh pelbagai agensi dan rakan strategik.
PPD Beluran dan Pengetua SMK Beluran ( Bestari ) telah bersetuju pelaksanaan Semarak Belia @ HBN Peringkat Bahagian Sandakan akan diadakan pada 11hb Mei 2026 bertempat di Dewan Terbuka SMK Beluran ( Bestari )
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sandakan , Encik Abd.Isming bin Nasri, Pegawai KBSK Daerah Beluran, Encik Khalil bin Sabu, Pengerusi Majlis belia Daerah Beluran dan Puan Meriana binti Nunun, Pengerusi Kelab Belia Gemilang Kampung Air Beluran.
PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH DAN KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT JALIN KERJASAMA JAYAKAN PROGRAM SEMARAK BELIA @ HBN 2026
Pejabat Belia dan Sukan (PBS) Bahagian Pedalaman Bawah telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Kolej Vokasional (KV) Beaufort hari ini bagi membincangkan kolaborasi strategik dalam pelaksanaan Program Semarak Belia peringkat Bahagian Pedalaman Bawah.
Kunjungan yang diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pedalaman Bawah itu bertujuan untuk menyelaraskan pengisian program yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan, pemerkasaan bakat, dan penglibatan aktif golongan belia di kawasan setempat.
Menerusi pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai gerak kerja termasuk penggunaan fasiliti kolej, penyertaan pelajar KV Beaufort dalam aktiviti sukan dan kemahiran, serta pengisian modul kepimpinan yang akan diterapkan sepanjang program berlangsung.
Program Semarak Belia peringkat Bahagian Pedalaman Bawah dijangka akan melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan kesenian dari segmen kebudayaan, kesenian dan muzik serta dari segmen penciptaan dan peluang pekerjaan merangkumi ceramah mengenai peluang kerjaya.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Pengarah Kolej Vokasional Beaufort, ketua-ketua jabatan dari Kolej Vokasional Beaufort dan pegawai pegawai dari Pejabat Belia Dan Sukan Bhagaian Pedalaman Bawah
KIULU LOKASI SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 BAHAGIAN PANTAI BARAT
30 APRIL 2026, KIULU - Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat hari ini mengadakan satu kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Kecil Kiulu bagi membincangkan persediaan pelaksanaan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Tahun 2026 Peringkat Bahagian Pantai Barat.
Pertemuan yang berlangsung di Pejabat Daerah Kecil Kiulu itu bertujuan untuk memberi taklimat terperinci mengenai pengisian program yang dijadualkan berlangsung di Dewan Terbuka Kiulu tidak lama lagi.
Delegasi Pejabat Belia & Sukan diketuai oleh Puan Dayangku Rahimah binti Pg. Hassan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pantai Barat, bersama Puan Sukarnih binti Sidik, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Belia).
Kehadiran mereka disambut baik oleh Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Tuan Leprus Giswa Ezuvas.
Program SB@HBN 2026 merupakan inisiatif strategik yang dilaksanakan di peringkat akar umbi bagi memastikan golongan belia di kawasan daerah dan bahagian dapat merasai sendiri kemeriahan sambutan HBN 2026.
Untuk edisi kali ini, program tersebut bakal dijayakan dengan kerjasama erat antara Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Pejabat Daerah Kecil Kiulu dan Persatuan belia dan sukan di sekitar Daerah Kiulu.
"Pelaksanaan di peringkat bahagian seperti ini memberi peluang kepada belia setempat untuk terlibat aktif dalam aktiviti pembangunan belia serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara pertubuhan belia dan agensi kerajaan," menurut kenyataan taklimat tersebut.
Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Penolong Pegawai Tadbir, Tuan Cassin B Aguh, serta beberapa pegawai daripada Pejabat Daerah Kecil Kiulu bagi memperincikan aspek logistik dan penyelarasan program.
Melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Belia dan pertubuhan belia yang aktif, Program Semarak Belia @ HBN 2026 dijangka bakal menjadi platform utama dalam memperkasakan potensi belia di Bahagian Pantai Barat, khususnya di kawasan Kiulu
BELURAN DIPILIH SEBAGAI LOKASI SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026
30 APRIL 2026, BELURAN - Satu sesi perbincangan telah dilakukan bersama Puan Junaina, PPT Pejabat Daerah Beluran mengenai tarikh dan tempat pelaksanaan Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Bahagian Sandakan
Selain itu, perjumpaan bersama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran bagi membincangkan kerjasama dalam program ini.
Perbincangan ini mendapat respon yang amat positif.
Turut bersama dalam perbincangan ini ialah Encik Mohd Syahrin Ibrahim, Pegawai belia dan sukan Bahagian Sandakan dan Pengerusi Kelab Belia Gemilang Kampung Air Beluran iaitu rakan strategik bagi pelaksanaan program ini.
SANDAKAN, 25 April 2026 - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah membuka kaunter perkhidmatan dan pertanyaan berkaitan Permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) bertempat di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ADTEC), Sandakan.
Kaunter tersebut dibuka bersempena Program Pertandingan Biggest Loser KBS Malaysia 2026 Peringkat Negeri Sabah sebagai inisiatif untuk memberi khidmat nasihat, penerangan berkaitan DSK, membantu menyelesaikan isu-isu syarat Permohonan DSK yg berkaitan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB)dan Pendaftaran Badan Sukan kepada peserta, orang ramai khususnya kepada Badan Sukan yang berkaitan.
Program berkenaan telah dihadiri oleh Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Puan Sempini binti Langiton, Penolong Pengarah Sukan, Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan, Pegawai Unit Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah serta pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan.
Penganjuran kaunter perkhidmatan seperti ini diharap dapat memudahkan masyarakat khususnya penggiat sukan komuniti mendapatkan maklumat tepat dan bantuan berkaitan urusan pembangunan sukan di negeri ini khususnya di bahagian Sandakan.
MENILAI DAN MEMPERKUKUH : LAWATAN PROGRAM SERY DI LAPANGAN
KOTA KINABALU, 24 April 2026 - Satu lawatan Program SERY telah dilaksanakan bertujuan untuk memantau status Projek yang dilaksanakan oleh Peserta Program Sery dari Kumpulan Rise Com.
Kumpulan ini memilih Belacan Cili Padi sebagai Produk untuk menambah pendapatan disamping memberikan impak dan pendapatan juga kepada masyarakat sosial terutamanya ibu tunggal melalui proses penyediaan Produk tersebut.
Projek ini dilaksanakan di Kedai Balintang yang berada di Alam Mesra, Kota Kinabalu.
Turut Hadir dalam lawatan ini ialah Encik Muzaril Azmil Bin Sidik, Pegawai Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia JBSN, Encik Usamah bin Sahrudin Pegawai INSKEN, Puan Melda Arif dan Encik Yum Maren bin Basri, Pegawai Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia JBS Sabah.
LAWATAN PROJEK PEMBANGUNAN FASILITI SUKAN PERKUKUH INFRASTRUKTUR NEGERI SABAH
Satu lawatan kerja yang diketuai oleh YB Datuk Haji Nizam bin DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Ekonomi Kreatif (KBSK) telah dilaksanakan bagi meninjau perkembangan Projek Pembangunan Fasiliti Sukan di daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.
Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan serta menepati spesifikasi yang ditetapkan. Fokus utama termasuk pembinaan dan naik taraf kemudahan rekreasi yang mesra komuniti setempat.
Diharapkan pembangunan fasiliti sukan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial di negeri ini.
Turut bersama dalam lawatan ini ialah YB. Datuk Hendrus Anding ADUN N.7 Tandek, YB. Datuk Arsad Bistari ADUN N.9 Tempasuk, YB. Datuk Fairuz Renddan ADUN N.8 Pintasan, YB. Datuk Seri Willfred Madius Tangau ADUN N.14 Tamparuli, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap KBSK, YBrs. Encik Terrance Edward Pudin, Pengurus Besar LSS, YBrs. Encik Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah MSN Sabah dan YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.
TAKLIMAT PROGRAM INTERVENSI BELIA TIDAK BERPERSATUAN DAN PROGRAM DARI BELIA UNTUK BELIA
20 APRIL 2026, KOTA KINABALU - Satu sesi taklimat Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan dan Program Dari Belia Untuk Belia telah dijalankan secara dalam talian dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, TKP Bahagian Pembangunan Belia JBSN dan melibatkan semua JBS Negeri seluruh Malaysia.
Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan dan Program Dari Belia Untuk Belia merupakan salah satu inisiatif baharu di bawah Bahagian Pembangunan Belia, JBSN yang menyokong transisi umur belia melalui pendekatan intervensi menggalakkan golongan belia berpersatuan dan usaha mengurangkan keterlibatan belia dalam isu permasalahan sosial.
Sesi taklimat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai Unit Pembangunan Kepimpinan dan Unit Pembangunan Sosial JBS Sabah.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262