- JBS Sabah
- Hits: 5
KIULU LOKASI SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 BAHAGIAN PANTAI BARAT
- JBS Sabah
- Hits: 5
KIULU LOKASI SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 BAHAGIAN PANTAI BARAT
30 APRIL 2026, KIULU - Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat hari ini mengadakan satu kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Kecil Kiulu bagi membincangkan persediaan pelaksanaan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Tahun 2026 Peringkat Bahagian Pantai Barat.
Pertemuan yang berlangsung di Pejabat Daerah Kecil Kiulu itu bertujuan untuk memberi taklimat terperinci mengenai pengisian program yang dijadualkan berlangsung di Dewan Terbuka Kiulu tidak lama lagi.
Delegasi Pejabat Belia & Sukan diketuai oleh Puan Dayangku Rahimah binti Pg. Hassan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pantai Barat, bersama Puan Sukarnih binti Sidik, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Belia).
Kehadiran mereka disambut baik oleh Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Tuan Leprus Giswa Ezuvas.
Program SB@HBN 2026 merupakan inisiatif strategik yang dilaksanakan di peringkat akar umbi bagi memastikan golongan belia di kawasan daerah dan bahagian dapat merasai sendiri kemeriahan sambutan HBN 2026.
Untuk edisi kali ini, program tersebut bakal dijayakan dengan kerjasama erat antara Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Pejabat Daerah Kecil Kiulu dan Persatuan belia dan sukan di sekitar Daerah Kiulu.
"Pelaksanaan di peringkat bahagian seperti ini memberi peluang kepada belia setempat untuk terlibat aktif dalam aktiviti pembangunan belia serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara pertubuhan belia dan agensi kerajaan," menurut kenyataan taklimat tersebut.
Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Penolong Pegawai Tadbir, Tuan Cassin B Aguh, serta beberapa pegawai daripada Pejabat Daerah Kecil Kiulu bagi memperincikan aspek logistik dan penyelarasan program.
Melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Belia dan pertubuhan belia yang aktif, Program Semarak Belia @ HBN 2026 dijangka bakal menjadi platform utama dalam memperkasakan potensi belia di Bahagian Pantai Barat, khususnya di kawasan Kiulu
Oleh :
Sukarnih Sidik
PBSB Pantai Barat
