27 September 2025 , KOTA BELUD - Bagi pengisian Slot Kisah Kita, Encik Hajismail bin Abd Gapak seorang aktivis belia telah berkongsi kisah kejayaan serta maklumat untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan hidup dan dijadikan contoh oleh peserta.
Selain itu, para peserta juga diberi kefahaman dan kesedaran berkaitan ancaman keganasan dan kesan terhadap kesejahteraan dan keharmonian negara yang telah disampaikan oleh Insp Abdul Aziz bin Chucu, Pegawai Kanan Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas, IPK Sabah.
Peserta juga terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan di Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud bagi mengajar mereka lebih prihatin dan mempunyai sifat empati yang tinggi.
BANGI, 27 September 2025 - Pasukan Sepak Takraw Negeri Sabah menempah tiket ke Suku Akhir Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di UNITEN Kampus Putrajaya.
Perlawanan penentuan menentang Melaka dengan kemenangan set 2-1 melayakkan Sabah melangkah ke Suku Akhir. Turut hadir memberi sokongan Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
BOLA JARING SABAH LANGKAH KANAN MENANG 2 PERLAWAN DALAM KUMPULAN
BANGI, 26 September 2025 - Pasukan Bola Jaring Negeri Sabah menempah tiket ke Suku Akhir Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di UNITEN Kampus Putrajaya.
Perlawanan pertama menentang Perak dengan kemenangan 22-13 dan perlawanan kedua menentang Labuan dengan kemenangan 38-14.
Turut hadir memberi sokongan Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Sabah Onsoii.. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #jbsnsabah #KBSSabah #MalaysiaMadani #SabahMajuJaya
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT BAHAGIAN KUDAT BERMULA HARI INI
26 September 2025, KOTA BELUD - Hari pertama pelaksanaan Kem Belia Peringkat Bahagian Kudat bermula hari ini The Bay Edge, Kota Belud melibatkan seramai 50 orang pelajar dari sekolah menengah sekitar daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Kota Belud.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama adalah Sesi Suai Kenal & Pembentukan Kumpulan, LDK dan Cabaran Sinergi.
Puan Syaidatul Sabila Azwa binti Mohd Ali, penceramah dari Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM telah menyampaikan slot PsySPaR (Psychospiritual and Resilience) dalam membantu para peserta memahami bagaimana pengalaman lampau membentuk daya tahan diri.
Turut bersama ialah Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kudat.
KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
Gelanggang Sudah Dibuka, Pencarian Juara Kini Bermula!
BANGI, 26 September 2025 - Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di UNITEN Kampus Putrajaya.
Kejohanan ini merupakan kemuncak kepada penganjuran LSK di peringkat negeri dan daerah dalam acara sukan Bola Jaring, Ping Pong dan Sepak Takraw yang mana telah mengumpulkan penyertaan seramai 60 ribu orang di seluruh negara.
Kontijen Negeri Sabah diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Noorman bin Ramlan.
KKM DAN AADK TURUT SERTA DALAM KEM BELIA PEDALAMAN ATAS
26 September 2025, KENINGAU- Penglibatan KKM dan AADK dalam pelaksanaan Kem Belia memberi impak yang begitu besar kepada para peserta.
Para peserta diberi kesedaran, pemahaman dan sokongan mengenai penting menjaga kesihatan mental dan didedahkan cara untuk menjauhkan diri dari terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mike Eping @ Ng Min Hoo, Pengetua SMK Gunsanad Keningau yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Keningau.
Kursus APK TOT 2025 Perkasa Kefahaman Pegawai KBS dalam Pengurusan Kewangan
SHAH ALAM, 26 September 2025 – Bahagian Kewangan (BKew), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Kursus Arahan Pentadbiran Kewangan Training of Trainer (APK TOT) KBS Tahun 2025 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 24 hingga 26 September 2025, bertempat di Acappella Suite Hotel, Shah Alam.
Kursus ini menghimpunkan seramai 59 orang peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah KBS termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS Negeri), serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB).
Program ini bertujuan menjadi platform penyampaian maklumat penting berkaitan kawalan dalaman kewangan yang sedang berkuat kuasa di KBS, khususnya kepada pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
Antara pegawai dari JBS Sabah yang turut menghadiri kursus ini ialah Puan Siti Hanisah binti Utoh, Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Encik Mohd Faiz Ridwan bin Mohd Noor, Cik Dayangku Rahimah binti Pg. Hassan, Encik Fekri bin Asmad, Puan Nurhayati binti Salleh, dan Puan Nor Huzaineh binti Ramli.
Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada amalan terbaik serta garis panduan semasa dalam pelaksanaan kawalan dalaman kewangan, sejajar dengan hasrat KBS untuk memperkukuh tadbir urus dan integriti dalam pengurusan kewangan kementerian.
24 September 2025, KENINGAU - Hari kedua Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Pedalaman Atas para peserta didedahkan kepada pentingnya mengelakkan diri dari terjebak dengan masalah sosial, jenayah, keganasan dan perkara yang boleh menggugat keamanan negara.
Slot ini disampaikan oleh Insp. Hazli bin Kamaruzaman dari Bahagian Anti Pengganas (E8), IPK Sabah.
50 ORANG PELAJAR MENYERTAI KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS
23 September 2025, KENINGAU- Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Pedalaman Atas sedang berlansung bertempat di Kolam Resort Keningau.
Hari pertama pelaksanaan Kem Belia ini para peserta didedahkan dengan slot bersama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM yang disampaikan oleh Puan Syaidatul Sabila Azwa binti Mohd Ali.
Seramai 50 orang peserta yang melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar daerah Keningau telah menyertai Kem Belia ini.
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Keningau juga terlibat menyampaikan slot Rakan Aktif : Cabaran Sinergi dalam membentuk persefahaman dalam kumpulan.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262