TIMBALAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN (JBS) NEGERI SABAH MENGIRINGI LAWATAN YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE IKBN KINARUT

PAPAR,  2 Februari 2026- Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sabah, Encik Noorman bin Ramlan telah mengiringi Yang Berhormat Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam satu lawatan kerja ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, sempena lawatan rasmi beliau ke negeri Sabah.

Dalam lawatan tersebut, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah diberikan taklimat berkaitan pengoperasian institut, pencapaian semasa serta perancangan strategik IKBN Kinarut yang telah disampaikan oleh Pengarah IKBN Kinarut, YBrs. Puan Zuarini binti Jumai.

Semasa lawatan, Yang Berhormat Timbalan Menteri turut mengadakan sesi interaksi bersama pegawai serta pelajar IKBN Kinarut di samping meninjau kemudahan bengkel latihan bagi melihat secara dekat pelaksanaan program kemahiran teknikal dan latihan TVET yang dijalankan oleh institut tersebut.

#KBSMalaysia
#MalaysiaMadani
#jbsnsabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search